Nur dan Hisyam - special post....

psssttt.. .rindu kat mereka? Saya juga rindu... warm up... nk kena siapkan cerita ni.....

Nur meletakkan kepalanya di atas dada Hisyam. Matanya masih lagi belum mengantuk. Wajah suami yang sedang lena di pandang tak berkelip. Ketenangannya membuatkan Nur cemburu. Tapi salahnya juga, tertidur awal dek keletihan berpuasa pada hari ini. Silap siapa yang merengek mengajak keluar membeli belah sempena hari raya aidilfitri awal bulan depan, dia juga. Jadi apabila si suami kesayangan mengajak ke masjid yang tidak berapa jauh dari rumah mereka, dia angkat tangan. Usai solat maghrib, dirinya telah tenggelam dek keletihan yang di cari.Nasib baik si suami tidak banyak tazkirahnya pada mala mini. Dia faham keletihan yang dirasai oleh isterinya. Dalam diam Nur tersenyum bahagia. Wajah kesayangannya diamati lama. Sesekali tangannya menakal membelai janggut sejemput itu. Namun tidur suaminya langsung tidak tercuit. Sesekali Nur tersengih. Jam di atas meja sisi dipandang sekilas, baru 12.45 malam. Sahur lambat lagi, tapi matanya masih sudah terang. Hendak buat apa ya? Mengganggu lena si suami rasa tak kena pula. Apatah lagi apabila jam 3.30 pagi nanti suaminya akan bangun bertahajud. Nur termangu-mangu di sisi suaminya.Kepalanya dilabuhkan di pangkal lengan suaminya. Elok sahaja kepalanya selesa terletak, suaminya terus memeluk erat tubuh kecilnya.“Tidur, karang nak bangun sahur pula,”gemersik suara garau memujuknya tidur. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, bibir Nur menggarisnya. Hati terasa makin sayang. Tak sangka, paksaan abah membuahkan bahagia yang sangat-sangat berbaloi. Cinta yang hadir selepas kahwin manisnya tidak pernah surut di hatinya. Namun, ada gusar kadang kala menerjah hatinya. Soal anak mencetuskan kebimbangan. Bagaimana nanti suaminya mahukan anak? Sedangkan dia masih lagi tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Apatah lagi tugasannya sebagai seorang pelajar, sedikit sebanyak membuatkan dirinya rasa terbeban. Adakah kemanisan yang dikecapi sekarang akan hilang dek keengganannya untuk mempunyai anak dalam waktu terdekat ini. Adakah kasih dan cinta suaminya akan terus sirna dan beralih arah kerana anak? Ada sayu menujah di hati. Bukan dia tak nak anak tapi dia masih belum mampu menjadi seorang ibu. “Jangan fikir yang bukan-bukan. Tidur sayang…” suara kasar suaminya kedengaran lagi walaupun matanya tertutup rapat. Bagaikan tahu dia masih belum lena. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara kasar suaminya mengalunkan ayat al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubunnya. Dan lena itu tanpa dijemput hadir, memberatkan matanya supaya tidur.******“Orang lelaki ni Nur, mulut je cakap tak apa. Dalam hati sudah melilau cari yang lain sebab nak anak. Nak buktikan kegagahan mereka. Tanpa anak, rasa diri tu tak power. Mana-mana lelaki pun sama. Baik yang alim, yang tak alimnya,” Ayuni mencucuk dalam diam.“Jadi dari Nur makan hati belakang hari, kerana suami berkahwin tanpa pengetahuan Nur, baik Nur cari isteri untuk dia cepat-cepat. Yelaa… Nur kan tak nak anak lagi. Suami Nur tentu nak anak cepat-cepat kan? Lagi pun korang kahwin dah lama. Mesti ramai yang tengah dok kenen-kenenkan suami Nur tu,” Mulut berbisa Ayuni terus berbunyi.Nur diam tanpa reaksi. Hatinya semakin bimbang. Dia tak sanggup berkongsi kasih, juga tidak bersedia menjadi ibu lagi. Pengajiannya masih berbaki tiga tahun. Takkanlah abang tak sanggup tunggu, padahal selama ini, abang juga yang cakap, pasal anak tak perlu fikirkan sangat. Fikirkan pasal belajar yang paling utama.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2013 00:50
No comments have been added yet.