Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan r...

070113_han_morsi_640


Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu telah meminta pendapat Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:


Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata “letak jawatan atau kami akan membunuhmu!”


Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?


Uthman: Tidak.


Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?


Uthman: Tidak.


Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?


Uthman: Tidak


Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi ‘sunnah’ (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!


[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!


Hasrizal @ www.saifulislam.com

43000 BSP


 Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (10) Pelawat

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2013 08:54
No comments have been added yet.