.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 5] :.

Syamsul mengetuk perlahan pintu bilik bacaan. Tanpa menanti sebarang jawapan dari dalam, dia bingkas pulas tombol lalu menyatukan tubuh ke dalam bilik tersebut. Bilik yang jadi pilihan Azaim untuk habiskan waktunya tiap kali pemuda itu berada di Vila Fatih. Bilik jati.Tiada istilah rehat dalam kamus hidup Azaim. Pejabat atau rumah, kedua-duanya adalah tempat kerja Azaim. Kerana tanpa semua itu, Azaim tidak tahu apakah yang perlu dilakukan ketika berada di Vila Fatih. Maklumlah, dia belum punya isteri untuk diulit bagi menghabiskan masa atau anak-anak kecil miliknya untuk dimanja ketika di Vila Fatih. Selain itu, Azaim sering menekankan kepadanya, tanpa Fatih Sdn Bhd, Vila Fatih tak mungkin ada. Untuk itu, Azaim perlu menghabiskan setiap masanya untuk Fatih Sdn Bhd. Azaim harus pastikan Fatih Sdn Bhd terus berdiri teguh, sebagaimana yang diinginkan oleh arwah kedua-dua orang tuanya. Sedang sudah berkali-kali Syamsul nyatakan, Azaim sudah lebih daripada berjaya melakukan ia. Fatih Sdn Bhd sudah berdiri teguh!“Kenapa tak keluar?” Syamsul menghempas tubuh ke atas sofa berwarna coklat gelap di situ.Jelas sangat jenama selalu melepak di situ pada gelagat lelaki yang cuma dua sentimeter rendah daripada teman baiknya itu. Syamsul 180 sentimeter dan Azaim 182 sentimeter. Syamsul dan Azaim sama-sama bertubuh tegap kerana mereka selalu habiskan masa di gim yang terdapat di Vila Fatih. Namun Syamsul orangnya lebih sasa banding Azaim yang nampak lebih kurus.“Dia tahu aku kat sini?”Syamsul menggeleng. “Rugi kau tak keluar, Im. She laughed. Sesuatu yang kau nak dengar sangat selama ni. Tapi sayang kau terlepas.”Azaim sengih lalu membawa tubuh dari mejanya, mendekati Syamsul dan duduk di sebelah teman itu. “I heard it,” ujar Azaim girang.Syamsul tayang gigi.Suasana dihurung kesunyian seketika. Tapi cepat-cepat dihalau oleh Azaim yang jadi tak turah dengan keadaan sebegitu. Bingkas buka mulut menyoal perkara yang ingin sangat dia tahu semenjak lihat Sirin turun dari perut kereta tadi.“Macam mana?”Syamsul menggeleng kecil. “Macam tu jugak aku rasa. Masih sakit hati dengan apa kau buat dulu. Dalam kereta, sikit pun tak bercakap. Lebih taksub dengan novel kat tangan dia, yang tak ubah-ubah muka surat.” Syamsul sengih kemudian sambung, “Dia masih Rin lima tahun lepas, masa kita sama-sama hantar dia ke UK.”Azaim menghempas keluhan kecil. Disandar kepala pada sofa.Syamsul talakan mata ke arah pemuda itu. Nampak relaks. Walaupun begitu, dia yakin ketika ini fikiran Azaim tidak serelaks itu. Azaim selalu nampak begitu tiap kali fikirannya tidak tenang. Kacau-balau dalam kotak fikirannya tidak pernah mampu dibaca sesiapa. Kerana tiap kali ada yang melihat Azaim dalam keadaan begini, pasti menyangka Azaim menerima apa sahaja kesusahan mahupun masalah dengan tenang.Azaim, bab mengaburi mata orang memang bijak. Namun bukan mata Syamsul.Mereka sama-sama membesar semenjak kecil lagi. Bermula sebagai jiran, akhirnya mereka sama-sama memasuki sekolah berasrama penuh ketika tingkatan satu. Saat dalam tingkatan empat, rezeki mereka sekali lagi, apabila kedua-dua teman rapat itu mendapat tempat di sekolah teknik yang sama. Mengeratkan lagi hubungan persahatan mereka berdua. Lalu mereka menerima gelaran sahabat tahi cicak. Sebabnya, seorang muka Cina, seorang muka India. Sangat bertentangan rupa tapi sehati sejiwa, sefaham sekata.Sekalipun semenjak usia 10 tahun Azaim tidak lagi menjadi jiran Syamsul kerana Azaim sekeluarga berpindah ke Vila Fatih, sedang Syamsul terus di rumah teres yang didiami bersama kedua-dua orang tuanya serta dua orang adik perempuannya, namun hubungan Syamsul dengan Azaim tiada cela. Ada ataupun tiada Vila Fatih, Azaim tetap kawan Syamsul yang sama. Tiada sebarang perubahan pada lelaki itu.Sesudah tamat SPM, masing-masing membawa haluan lain-lain apabila mendapat tawaran ke universiti berbeza. Azaim menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di UTM, Skudai. Manakala Syamsul pula mengambil jurusan pengurusan perniagaan di UIAM. Kemudiannya mereka sama-sama pulang dengan segulung ijazah, kembali ke Pulau Pinang. Pulang sahaja, Azaim terus berjinak-jinak dengan Fatih Sdn Bhd. Kerana Azaim tahu, akhirnya syarikat itu akan diwarisi oleh dia juga. Azaim mula serius dengan kerjanya dan ambil tahu selok-belok syarikat pengangkutan itu.Syamsul pula turut membantu Azaim dalam urusan syarikat tersebut, terutama sekali berkaitan dengan sales and marketing. Kerana itu jugalah Syamsul bersetuju apabila arwah Tuan Azamuddin menawarkan dia peluang menjawat jawatan pengurus pemasaran di Fatih Sdn Bhd. Dari situlah dia membina kerjayanya perlahan-lahan, sehinggalah menjadi Timbalan Pengarah 1 di Fatih Sdn Bhd semenjak dua tahun lalu. Jawatan yang diraih atas usaha serta ketekunannya membantu Pengarahnya, Azaim, dalam menaikkan nama Fatih Sdn Bhd. Juga kerana Azaim meletak sepenuh percaya kepada Syamsul.Tumpuan Syamsul kembali kepada Azaim, yang nampak hanyut sepertinya. Namun dia yakin apa yang ada dalam kotak fikiran Azaim ketika ini tidak sama dengannya. Setiap saat dan ketika otak Azaim akan berfungsi—sama ada fikirkan urusan pejabat atau sebarang projek baru Fatih Sdn Bhd. Otak Azaim, seperti tuannya juga, tak pernah nak tahu erti rehat. Dia yakin ketika tidur pun otak Azaim nak bekerja juga sebolehnya.Namun, di kala ini, Syamsul pasti bukan urusan kerja bersama dengan pemuda itu. Sebaliknya gadis bernama Sirin Hassan yang mengganggu perasaan temannya itu. Semenjak usia Azaim 20 tahun.“Salah ke apa yang aku buat tu, Syam? Kenapa sampai macam tu sekali benci dia kat aku?” Akhirnya Azaim menguatkan semangat, menghadiahkan soalan yang kian mengacaunya. “Tak salah, untuk aku. Sebab apa yang kau buat adalah satu perkara yang baik dan betul. Itulah sangka aku. Tapi, Im, kesalahan kau adalah melakukan semua tu tanpa penjelasan. Tanpa bagi tahu Rin kedudukan sebenar dan sebab apa kau bertindak macam tu. Tulah kesalahan kau, yang buat perasaan benci ada dalam hati Rin, untuk kau,” jelas Syamsul hati-hati. Tidak mahu kusutkan perasaan Azaim lagi.“Bagi tahu kedudukan sebenar?” Azaim ketawa perlahan. Sedikit sinis. “Apa yang aku nak terang kat budak perempuan yang tak sampai 16 tahun, yang nak aku jadi abang dia dan anggap dia adik aku? Huh?”Syamsul menjongket kedua-dua bahu. “Aku tahu, bunyinya pelik. Tapi kalau kau terangkan semuanya, lepas budak perempuan yang tak sampai 16 tahun tu matang sikit, mesti dia boleh faham. Malangnya, kau tak buat. Kau biar dia dengan apa saja yang dia nak fikir. She thought you tossed her out of this house, forever, that morning.”“Bukan tu maksud aku, Syam. Kau sendiri tahu!”“Rin tak tahu…” Syamsul angkat sebelah kening.Azaim mengeluh kecil sudahnya. Tahu ke mana hala tuju perbualan ini. Saling tidak tumpah dengan apa yang baru dibualkan dengan Mak Tua seketika tadi. Kesimpulan pun serupa.“Ya, aku tahu,” akui Azaim. “Dah sampai masanya. Dan aku akan lakukannya.”Syamsul tunjuk gigi. “Syukur sangat. Sebab aku rasa Rin tak ke sini untuk bersama kita, Im. Dia balik dengan sebuah beg aje, yang tak besar mana. Dia balik untuk turut kehendak, tak… arahan kau. Dia ada niat nak ke UK semula. Dia dah biasa buat apa dia nak dan kau angguk aje, iakan, bolehkan.”“Kali ni aku tak akan. Iakan, bolehkan. Aku beralah dengan dia selama ni, tapi tak bermakna akan terus beralah dengan semua kemahuan dia. Apa yang dia nak, aku dah tunaikan. Sekarang giliran aku pulak tunaikan kehendak hati aku. Aku akan pastikan Sirin terus kat sini. Terus kat Vila Fatih.”“Oh ya…” Syamsul hempuk paha Azaim dengan tangan besarnya. Sedikit kuat sehinggakan temannya itu menyeringai sakit. Namun dia buat tak nampak pada jegilan mata Azaim mahupun tangan Azaim yang menggosok-gosok paha sendiri. Perit sangat agaknya.“Oh ya, apa?”Suara Azaim yang berbaur rasa tak puas hati itu buat ketawa Syamsul meletus. “Janganlah marah, kawan. Aku cuma nak bagi nasihat sikit. Pasal Rin…”“Apa?” Hilang perit paha dengar nama itu.“Rin mungkin cuba bersikap serius dan tayang muka kayu gitu, tapi dia tak mampu berselubung dengan topeng tu untuk selama-lamanya. Tugas pertama kau, lucutkan topeng tu dari muka dia. Ambil topeng tu, sama ada secara lembut atau paksa.”“Paksa?” Azaim terlongo. Tak sangka nasihat sedemikian akan meniti bibir Syamsul, yang tak pernah mengasari perempuan.Syamsul seorang gentleman. Syamsul amat menghormati kaum Hawa, walau yang paling degil dan keras kepala. Kalau melihat layanan Syamsul terhadap mana-mana perempuan, pasti ramai akan anggap perempuan itu adalah insan yang istimewa untuk Syamsul. Namun sebetulnya, sehingga kini Syamsul belum punya teman wanita yang istimewa. Masih menanti gadis dalam mimpinya muncul di hadapan mata.“Oh, tak payah berlakonlah, Azaim Haji Azamuddin. You’re very good at intimidating people. Kau selalu berjaya. Kebolehan semula jadi.”Azaim menyeringai nakal. “Jadi, aku kena gunakan kebolehan semula jadi aku tu?”“Oh, definitely. Sebab kau perlukannya. Ada lagi nasihat aku…”Azaim menjongket sebelah kening. Masih bersama senyuman pada bibir. “Tingkatkan usaha dan yakin pada diri sendiri. Tulah dua lagi perkara yang amat-amat kau perlu untuk depani Cik Sirin kita tu. Dan ingat, walau apa pun, macam yang aku kata… aku sentiasa bersama kau. Di belakang kau.” “Kenapa tak beriringan dengan aku?” Azaim membetulkan duduk. Agar lebih senang bersemuka dengan pemuda yang sebaya dengannya itu.“Beriringan? Maksudnya aku pun nakkan apa yang kau nak. Memanglah aku suka Priyanka Chopra dan Rin tu tinggi dan bodynya macam Priyanka Chopra, tapi… Kau nak macam tu ke?”“Hell, no! Rin is a problem enough to me. And I’m not that foolish to add another. Satu lagi, berhenti tengok apa yang tak patut kau tengok. Dia macam adik untuk kau. Ingat. Jadi, berdiri aje kat belakang. Lagipun, itu kan tempat pengapit. Kan?”“You’re that sure, eh?”“Aku perlu yakin dengan diri sendiri. Tak macam tu?”Kata-kata Azaim buat Syamsul ketawa galak. Terbahak. Akhirnya dia mengangguk kepala sambil menampar lembut paha sahabatnya. Takut nak hentak macam tadi. Silap hari bulan, dia kena pelangkung Melayu-Cina-Pakistan. Azaim ini memanglah kurus banding dia yang tegap, tapi boleh tahan penangannya. Kalau tidak, masakan Azaim juara tae kwan do tiga tahun berturut semasa mereka di sekolah menengah. Malah, sebab itu juga pelajar lelaki yang suka ejek Azaim dengan panggilan Aza atas sebab muka jambu gila dan gemar berambut panjangnya, terus tutup mulut selepas itu. Sebabnya, tiga hari sebelum tutup mulut, mereka memang tak boleh buka mulut sebab mulut masing-masing bengkak sakan. “Oh, jangan lupa satu lagi. Tingkatkan usaha. Pakej kena lengkap,” kata Syamsul, mengingatkan di balik tawa.“I’ll do that.” Aziam mengerdip mata.Senyum seketika, Syamsul mengerutkan dahi pula. “By the way, why is she not there, receiving Rin like others?”“She?” Dahi Azaim sama berlapis. “She who?”“Your dobist. Lili tu…”“Lili?” Azaim terkebil. “Again Lili? Kenapa eh kau curious sangat pasal dia? Ni kali keempat tak silap aku, kau tanya pasal dia…”“Mana aku tak curious… Dah dekat enam bulan kut dia kat sini, tapi sampai sekarang aku belum jumpa dia. Tu yang buat aku nak sangat-sangat kenal dia, supaya aku tak tanya kau lagi untuk kali kelima dan Mak Tua untuk kali kesembilan.”“Tulah… aku ajak kau duk sini, kau tak nak. Kalau dah sebumbung, nak jumpa dia awal enam bulan dulu pun boleh tahu. Tak payah tanya aku empat kali atau Mak Tua lapan kali!” sindir Azaim sakan. Itulah kenyataannya. Sejak awal dulu, Azaim sudah pelawa Syamsul, namun Syamsul hanya tahu menolak saja. Sanggup menyewa di sebuah apartmen sebelum satu tahun lalu, membeli, kemudian tinggal sendirian di kondominium miliknya. Walhal di sini memang Azaim sudah khaskan satu bilik tidur buat Syamsul. Yang baru sekali Syamsul guna pakai!Syamsul cemik saja.“Kau tahu rumah dobi kat mana kan… Just go and have a look at her. I only hope curiousity won’t kill you…”“It only kills cat. And I’m not cat-man.” Syamsul gelak dengan lawak sendiri.Ketukan pada pintu kedengaran. Setelah menerima arahan masuk daripada Syamsul yang berlagak tuan punya rumah, seorang gadis berpakaian serba hitam melangkah masuk. Di tangannya ada dulang berisi dua gelas Pepsi, yang menjadi kegemaran kedua-dua sahabat baik itu. Seisi rumah dah khatam.“Minum, Tuan Azaim, Tuan Syam.” Gadis itu meletak dua buah gelas tersebut ke atas meja kopi berhampiran. Sempat kerling dua lelaki itu, yang sama kacak dan sama tampan. Seorang berwajah pelakon Korea manakala yang seorang lagi hero Bollywood. Masing-masing punya daya tarikan dan dia sendiri tak terkecuali daripada perasan.“Terima kasih, Jihan.” Azaim mengangguk kecil. “Terima kasih jugak ek…” Syamsul mengerdip mata kepada gadis yang hanya berusia 20 tahun itu. Mengusik.Jihan senyum. Faham sangat dengan gelagat kedua-dua lelaki itu. Tuan Azaim seorang yang serius namun ramah dengan pekerja-pekerjanya. Tidak pernah melayan mereka seperti orang suruhan sebaliknya dihormati selaku manusia yang ditugaskan untuk melancarkan urusan vila itu. Malahan Tuan Azaim tidak pernah teragak-agak membantu mereka kala perlu. Hormat para pekerja dibalas dengan rasa yang sama. Begitu juga dengan teman akrabnya yang turut mengongsi pandangan yang serupa. Sahabat baiknya itu pula, sama juga orangnya. Cuma dalam ramah, Syamsul ada bahagian suka nak menyakat.“Keluar dulu, Tuan Azaim, Tuan Syam.” Jihan senyum lagi apabila Syamsul melambai-lambai kepadanya sebelum dia berlalu dari situ. Ah, sama-sama pengarang jantung hati gadis-gadis yang melihat. Termasuklah dia.Sebaik pintu rapat ke tempatnya kembali, Azaim dan Syamsul mencapai gelas berisi minuman berkarbonat yang disediakan untuk mereka. “Untuk usaha aku.” Azaim mendekatkan gelasnya ke gelas Syamsul. Berlaga perlahan.“Yang perlu ditingkatkan…” Syamsul kenyit mata. Dia sudah tidak sabar hendak melihat adegan yang dinanti-nantikannya selama ini. Masanya sudah tiba.Apabila Syamsul mahu meneguk, Azaim menahan. Gelasnya dirapatkan dengan gelas lelaki itu sekali lagi. “And also for your effort… to peek at my dobist.”Seringai nakal lagi gatal Azaim menjemput tawa perlahan Syamsul. Pepsi diteguk sudahnya, bersama nawaitu yang mahu dilaksanakan nanti. Tak hendaklah soal Azaim kali kelima.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2013 13:42
No comments have been added yet.


Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.