Cerpen - TEPAK KASIH - Dewan Sastera Mac 2012
      Peserta-peserta blog sastera yang dimuliakan,
Di sini saya paparkan cerpen saya berjudul 'Tepak Kasih' yang telah tersiar dalam DS tahun 2012 . Diharapkan ia memberi idea kepada peserta blog sastera, cara mudah memasukkan ilmu bantu ke dalam karya sastera.
-kak aini.
TEPAK KASIH
Oleh: Noraini binti
Eslah
Terasa sempit dadanya dan semput pernafasannya diasak runsing dan sugul.
Berkali-kali Kak Su menarik nafas panjang dan dalam, kemudian dilepaskannya
perlahan-lahan untuk menstabilkan kecamuk perasaannya. Dengan kelopak mata yang
berat dan pandangan yang berpinar, Kak Su melirik jam loceng di atas almari
soleknya. Baru pukul dua tiga puluh minit petang. Huh! Bagaikan sudah seharian
suntuk aku tertidur... Desah hati Kak Su
yang resah. Padahal cuma berbaring untuk meredakan pusing kepala seusai solat
zohor. Namun berkali-kali dia tersentak
digugah kecamuk perasaan sendiri.
Sudah berturut hari, cuping telinganya seperti dipenuhi bisikan pantun
tradisi itu,
Cempedak
di tengah halaman,
Uratnya tindih-bertindih,
Jangan lama tegak di halaman,
Naiklah ke rumah makan sirih.
Bingung, resah dan buntu fikirannya diasak bisikan pantun itu yang tidak
mahu sirna dari perasaannya. Entah siapa yang mengalunkannya, Kak Su tidak
tahu. Sudah masuk hari kelima bisikan itu terngiang-ngiang dan mengganggu
lenanya,siang dan malam. Ingin sekali dia istirehat dan melelapkan matanya, walau
telah menelan beberapa biji pil yang diberikan doktor kepadanya. Tetap juga
bisikan itu mengungkap bait-bait pantun yang sengaja mengasak dan menggamit
mata fikir dan mata hatinya supaya bertindak segera!
‘Ah! Mengapa perasaanku mesti didesak? Mengapa bukan Abang Lan? Mengapa
tidak Ammar?’ Desahnya berkali-kali, cuba mengimbangi antara akal dan hati.
Tetapi akal dan hati tetap bertingkah membela perasaan. Perasaan pula merasa
sangat tertekan kerana terbeban sendirian, sedangkan mereka bertiga sama-sama
terlibat dalam urusan besar ini... Tetapi Abang Lan dan Ammar berlepas tangan;
terkatung-katung Kak Su sendiri menimbang-nimbang tindakan terbaik. Hingga pula
menjejaskan kesihatan Kak Su karena berturut hari tidurnya tidak lena, makan
tidak kenyang dan mandi tidak basah!
Semilir petang yang terasa suam
dan berbahang menerjah kasar lewat jendela bilik Kak Su yang terbuka separuh,
tambah galak merusuhkan perasaanya yang serba tidak keruan. Bisikan pantun itu menerjah
lagi gegendang telinganya,
Kolek hilir mudik,
Bermalam di Kuala Linggi,
Dalam sirih secarik,
Terkandung hajat hati.
Sekonyong-konyong angin yang menguak tabir jendela biliknya menampar kasar
pipi mulus Kak Su, membuat dia terkejut dan cuba bangun dari pembaringan.
Tetapi kepalanya yang pusing dan berdenyut-denyut menambah lagi tekanan kepada
tubuhnya yang longlai. Mendadak terasa pedih hatinya diguris kata-kata yang
terpacul dari mulut suami tercinta, lima hari yang lalu;
“Pelik! Awak kata, kononnya keluarga Cikgu Rohaya sahabat karib awak itu
tidak cerewet. Cuma mengajak kita berbincang-bincang. Tapi mengapa bila
berdepan dengan saya, mereka mahu beradat-adat berbagai?” Rungut Abang Lan
dengan muka mencuka sebaik pulang dari merisik dan melamar. Mungkin Abang Lan
terasa aib dan dirinya seperti dipermain-mainkan.
“Sungguh bang..., Cikgu Rohaya tidak cerewet. Dia mahu urusan adik
bongsu saya dan anak sulongnya disegerakan...” Tersekat kata-kata Kak Su di
rengkongnya kerana perasaan mulai tersinggong atas tempelakan suaminya.
“Adakah patut! Wakil pihak perempuan bertanya; ada membawa tepak sirih? Sedangkan
seminggu sebelum itu, awak kata Cikgu Rohaya tidak menyuruh kita membawa selain
cincin emas. Jika dituju ke batang hidung awak, apa akan awak jawab? Malu saya!”Mencerlang
mata bundar Abang Lan merenung muka Kak Su yang tertunduk membatu ke hamparan
ruang tamu.
Bibir Kak Su bergerak-gerak hendak menuturkan sesuatu, tetapi bungkam
lantaran tersilau jelingan tajam Abang Lan. Lalu berkaca-kaca mata Kak Su
menahan pilu hati sendiri. Kak Su maklum benar tabiat panas baran Abang Lan;
tidak boleh kata-katanya dipotong mendadak, dia akan membisu hingga beberapa
hari dengan lirikan dan jelingan tajam. Bisa! Sangat bisa dan memedihkan
perasaan. Kak Su tidak sanggup menghadapi hirisan tajam ke atas perasaannya
dalam saat memikirkan kebahagiaan masa depan adik bongsunya, Ammar.
Perasaan Kak Su terlonta-lonta ingin menyuarakan kepada Abang Lan,
‘Sirih dan tepaknya itu perlambangan kehalusan budi bahasa kita. Tanda
hormat dan pembuka kata untuk menyampaikan hajat besar.’
Tetapi, sejurus terpandang muka Abang Lan yang kemerah-merahan terkesan
luapan hatinya, Kak Su pantas menelan perasaan pedih hati. Biarlah reda dulu
panas perasaan Abang Lan, kemudian nanti akan dipujuk perlahan-lahan. Detak
hati Kak Su.
Kelmarin, ketika minum petang, baru kelihatan cerah semula muka Abang
Lan. Senyum tipisnya mulai murah semula menghiasi wajah bundar sawo matang
dengan mata sepet yang luyu. Sekurang-kurangnya dapat meyakinkan Kak Su
tersinggung dan malu alahnya sudah reda. Seolah-olah memberi laluan bagi Kak Su
meluahkan suara hatinya pula. Kebetulan pula dengan tarikh ulangtahun
perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Mudah-mudahan ini satu peluang baik untuk
memujuk..., desis Kak Su dalam hati.
Kak Su beranikan diri bersuara berbekalkan doa yang tidak putus-putus,
“Abang..., ingat lagi tidak, 17 tahun yang lalu kita diijab kabulkan di
pekan Loughborough, Leicestershire? Semasa kita di tahun akhir pengajian di
United Kingdom...” Perlahan-lahan dan satu-satu perkataan Kak Su ungkapkan
dengan renungan tenang ke wajah Abang Lan.
Dalam hati Kak Su, Allah saja yang tahu betapa gementar dan sangat
khuatir masih ada kesan tersinggung hati suaminya.
“Tentulah ingat. Bukankah kedua-dua pihak keluarga kita juga turut
berkumpul di tanahair. Malahan mereka mengadakan majlis meraikan pernikahan
kita.” Balas Abang Lan tenang dengan renungan bersahaja sambil matanya
mengitari hidangan Laksa Johor yang sedang Kak Su cedokkan khas untuknya.
“Menurut kata emak abang, mereka juga membawa tepak sirih dan sirih
junjung ke rumah ayah Su. Itu jadi simbol menyempurnakan adat pinang meminang
dan perkahwinan kita...” Berbunga-bunga hati kak Su menuturkan imbauan majlis
yang sudah berlangsung lama dahulu.
“Entah saya tak ingat semua itu.. Rasanya emak tidak pun memberitahu
begitu kepada saya.” Mendatar dan dingin nada suara Abang Lan dengan gaya tidak
acuh terhadap kata-kata Kak Su. Begitu asyik menyudu Laksa Johor dalam mangkok
di hadapannya, tanpa menghiraukan pandangan Kak Su yang tertancap minta
perhatian dan simpati.
Terasa bagaikan runtuh siling ruang makan ke pundak Kak Su. Langit
bagaikan menurunkan hujan air panas yang mendidih menyimbah seluruh tubuh Kak
Su dan terus menyelinap ke dasar hatinya. Lantas hati Kak Su melecur hancur, bersepai
dan serpihannya berpuing-puing di udara rumah banglo mereka yang terbina dari
tautan kasih seorang guru Bahasa Malaysia dengan seorang pensyarah dalam bidang
pengurusan bangunan. Sungguh tidak diduga! Besar erti kasih dalam simbol tepak
sirih bagi seorang guru Bahasa Malaysia, tapi remeh bagi seorang yang
menguruskan bahan binaan yang berhati seperti Abang Lan. Ya Allah! Aku yang
berlebih-lebihan atau dia yang tidak peduli?
“Pelik! Saya pelik mengapa Cikgu Rohaya dan Doktor Ridwan mahu melayani
adat yang remeh temeh begitu?” Sinis berbaur ego suara Abang Lan menuturkan
pandangannya.
‘Huh! Susah sangatkah bagi Abang Lan untuk memenuhi permintaan wakil
keluarga Cikgu Rohaya supaya mengulangi proses melamar dengan membawa tepak
sirih, pada pagi sebelum akad nikah?’ Getus hati Kak Su merasa pelik dengan ego
Abang Lan.
Sekonyong-konyong menerpa gambaran wajah tirus melepak bermata bening
Cikgu Rohaya yang bertutur lembut, “Saya minta maaf banyak-banyak Suhaila pada
awak dan Dr. Azlan. Tidak langsung saya berniat menyusahkan keluarga awak...”
Cikgu Rohaya seolah-olah menelan perkataannya sendiri dan kelihatan serba salah
dengan apa yang telah berlaku.
“Saya faham Rohaya, niat baik dan hajat wakil keluarga awak itu
melambangkan kehalusan budi bahasa. Insya-Allah akan pihak kami penuhi sebelum
akad nikah nanti...” Janji Kak Su berbasa basi sewaktu melanjutkan perbincangan
berdua, di surau sekolah tempat mereka berdua mengajar.
Berturut hari Kak Su mencuba mencari ruang munasabah untuk meleraikan kusut
perasaannya di depan Abang Lan. Namun tetap juga Abang Lan menutup pintu
perbincangan. Ditambah lagi Abang Lan mudah melenting setiap kali Kak Su
menyentuh isu tepak sirih yang cuba diungkit semula. Nada suara Abang Lan pula
akan mendadak tinggi dan sinis!
“Berapa kali mesti saya sebut, saya tidak mahu melayan hajat yang remeh
itu! Ah! Saya tidak mahu membuang masa...! Saya sibuk dengan tugas membawa
pelajar-pelajar melawat sambil berlajar.” Tegas suara Abang Lan dengan mimik
mencuka dan mendengus kasar.
Kak Su masih belum serik dan masih ingin memujuk dan mengharap simpati
Abang Lan,
“Tapi bang, tepak sirih sebagai simbol ketinggian budi bahasa untuk
mengikat hati kedua-dua pasangan dan kedua-dua pihak keluarga, mesti kita terus
pelihara...”
“Ah! Karut! Terserah pada awak, saya tidak memberi jawapan atau berjanji
kepada pihak keluarga perempuan. Lagi pun ini urusan adik awak. Saya sudah
tolong uruskan jamuannya, sudah cukup!” Ungkit Abang Lan lebih sinis dan
menghiris perasaan Kak Su.
Dengan rasa sebak dan suara tertahan-tahan, bibir Kak Su yang masih
bergetar memaculkan kata-kata,
“Kita tidak ada tepak sirih dalam simpanan. Kita beli yang baru, ya
bang... Boleh disimpan buat warisan. Putera-puteri kembar kita pun sudah di
tingkatan empat, lambat laun akan bertemu jodoh juga...” Bergetar suara Kak Su,
ada riak cuak menanti jawapan Abang Lan.
“Sudah! Suka hati awak... Mahu beli atau pinjam, saya tak kisah. Ini
urusan nikah kahwin adik awak. Tentang anak-anak saya, tahulah saya mengatur
kemudian!” Mencerlang mata Abang Lan menatap tepat ke muka bujur sirih Kak Su
yang terkebil-kebil.
Bara amarah itu bagaikan lahar gunung berapi pendam yang tiba-tiba
membuak termuntah lantaran digegar permintaan dan sergahan yang tidak diduga.
Sangat malang, diri Kak Su yang berwatak lembut penyayang menjadi sasaran ledakan
amarah Abang Lan. Sekian lama Kak Su menuruti dan sangat menghormati apa jua
keputusan Abang Lan. Cuma sekali ini ketara Kak Su sangat menuntut simpati dan
pengertian dari suami tercinta. Malangnya hanya cemuhan yang Abang Lan
lontarkan kepada Kak Su.
‘Huh! Sungguh tidak patut, terlalu ego! Tidak mengapa, biar aku uruskan
sendirian pertunangan dan pernikahan satu-satunya adikku, Ammar!’ Tiba-tiba
bangkit tekad Kak Su, tidak mahu menyerah kalah kepada hamburan cabaran dari
Abang Lan.
Sedaya upaya Kak Su cuba bangkit bersandar di birai katilnya tetapi badannya masih sangat longlai. Kak Su
merebahkan semula tubuhnya yang tersadai untuk beristirehat sementara tiba
waktu solat asar.
Perlahan-lahan pandangan
mata Kak Su meredup dan menjauh ke
belakang..., semakin kelam dan kabur... Kak Su terpaku seperti sedang menonton
dirinya sendiri, melakonkan episod demi episod...
Kak Su duduk bersimpuh
sopan di atas tikar mengkuang yang terbentang di ruang tengah ibu rumah yang
lapang. Dengan lemah lembut dan teliti, jari-jari runcing Kak Su menyusun kemas
helaian daun sirih ke petak khas di dalam tepak sirih yang turut tersisip kacip
pinang. Kemudian, diisikan pula lima cembul yang tersedia dalam tepak sirih
dengan hirisan pinang, gambir, kapur, cengkih dan tembakau. Kesemua lima cembul
ini disusun sebaris, melambangkan corak kehidupan orang-orang Melayu yang
sangat mementingkan nilai dan adat untuk membentuk hidup yang bersatu. Bibir
limau seulas Kak Su mengukir senyum puas, sambil tubuh tinggi lampainya
perlahan-lahan bangun menatang tepak sirih yang sudah sempurna diisi
selengkapnya.
Sebaik saja selesai
memberi penerangan ringkas kepada rombongan kaum keluarga yang bersama-samanya,
Kak Su berhati-hati menuruni anak tangga batu rumah pusaka arwah ayah dan
ibunya. Dia dan adiknya Ammar yang berpakaian lengkap pengantin lelaki Melayu,
beriringan menuju ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sampai di halaman rumah
pengantin perempuan yang juga tersergam tangga batunya, seorang nenek ahli keluarga Cikgu Rohaya
menyambut dengan serangkap pantun;
“Cempedak di tengah
halaman,
Uratnya tindih-bertindih,
Jangan lama tegak di halaman,
Naiklah ke rumah makan sirih.
Berseri-seri wajah setiap seorang wakil keluarga Kak Su
menyambut kata-kata wakil keluarga Cikgu Rohaya. Setelah naik ke anjung rumah dan duduk berhadap-hadapan, pihak perempuan
menghulurkan tepak sirih penyambut. Kemudian dibalas pula oleh pihak lelaki
dengan menghulurkan tepak sirih pengantar.
Cikgu
Rohaya terus berujar, "Jamahlah sirih kita, orang yang budiman..."
Lalu
Kak Su juga turut berujar, "Sama-sama kita menjamah sirih, orang yang
bijaksana..."
Kedua-dua belah pihak saling
membuka penutup tepak sirih sebagai simbol mencicipi sirih yang terhidang.
Sejurus, Cikgu Rohaya menghulurkan kembali tepak sirih Kak Su. Begitu juga
dengan Kak Su, dengan sopan menghulurkan kembali tepak sirih milik Cikgu Rohaya.
Lapang rasa fikiran Kak Su,
datang berkunjung membawa hajat beserta pula dengan membawa tepak sirih yang
melambangkan adat orang yang inginkan hidup rukun damai dan bermuafakat. Sirna
debaran di hati dan terlerai simpulan di lidah untuk memulakan bicara.
Lebih-lebih lagi Kak
Su mengerti, tepak sirih yang lengkap dengan isinya itu bermaksud, orang yang
membawa berkata; “Tuan, saya menghormati tuan. Besar harapan, tuan juga
menghormati kami. Semoga kedatangan kami membawa kebaikan untuk tuan membuat
pilihan.”
Lazimnya yang menjadi tradisi dahulu lagi, semasa mula mencicipi sekapur
sirih, dimulakan dengan meratah kepingan pinang. Ini membawa erti jawapan dari
pihak perempuan seperti berkata;
“Saya
tahu pihak tuan juga dari keturunan orang baik-baik dan sentiasa berbuat baik
kepada orang lain.”
Semakin terlerai
serabut jiwa Kak Su setelah dapat mengembalikan fungsi sirih pinang di dalam
tepak sirih sebagai tali penghubung rasa antara yang memberi dan yang menerima.
Semuanya berkaitan rapat dengan sistem nilai masyarakat Melayu, iaitu saling hormat-menghormati,
berbudi bahasa, bersatu-padu, hidup beradat dan berperaturan.
‘Ah!
Mengapalah..., susah sangat untuk Abang Lan memahami dan mempraktikan hakikat
ini? Berdosakah melakukan perkara harus sebegini, hanya dengan niat baik supaya
ikatan yang penting itu dimulakan dengan sesuatu yang mulia??? Hati Kak Su
mendesah panjang...
Tiba-tiba
telefon bimbit yang Kak Su letakkan di sisi kirinya berdering dan bergetar
tanda ada panggilan dari seseorang. Sedaya upaya dia mengangkatnya dengan
tangan kanan yang terasa sangat lemah. Terasa bagai cuba mengangkat seketul
batu besar lagi berat. Kak Su tersadai lemah di pembaringan, begitu lemah tidak
bermaya tubuh langsingnya untuk dibangun dudukkan. Rupanya dia bermimpi dalam
lena yang sebentar tadi. Kepalanya yang pusing masih lagi terasa berdenyut,
belum lagi lega dan reda seperti yang dimimpikannya...
“
Hello...” Kak Su cuba melepaskan suara yang terperangkap dalam rengkongnya.
Serak dan kering malah terasa tersangat perit tekaknya.
“Su,
sejak semalam abang telefon, mengapa tidak jawab...?” Cuping Kak Su menangkap
suara garau suaminya berbaur bimbang dan curiga.
“Su
demam, bang...Tidak larat bangun...” Ujar
Kak Su dalam perit rengkong yang bagaikan sudah berhari-hari tidak meneguk air.
Juga seperit hatinya yang masih terluka dengan sikap suami yang terlalu ego.
“Agaknya
awak pulun berkemas dan membeli belah untuk persiapan kenduri kahwin, Ammar?”
Tuduh melulu Abang Lan yang masih berbaki ragu-ragu.
Badan Kak
Su yang terasa sangat lemah dan berbahang tidak upaya menjawab kebimbangan
Abang Lan. Dia mengumpul segenap tenaga untuk
membangunkan tubuh langsingnya dari posisi baring kepada duduk, tetapi rasa
tidak terangkat kepalanya. Terlalu berat bagai melebihi lima puluh lima
kilogram berat badannya. Sedaya upaya Kak Su cuba membulat tekad, dia tidak mahu mengaku kalah. Tarikh pernikahan Ammar
hanya tinggal sepuluh hari saja lagi! Dia mesti segera bertindak menyempurnakan
persiapan yang sudah dirancang.
“Tuukk…Tuk…Tukk.”
Ketukan di pintu bilik membuatnya tersentak tiba-tiba. Terpangkas serta-merta
semua lamunannya.
Terhuyung-hayang
Kak Su melangkah ke pintu. Perlahan-lahan tangan kanannya memutar tombol pintu,
sementara tangan kiri mencengkam dahinya. Sekonyong-konyong pandangan Kak Su
yang kabur tertangkap kelibat Ammar yang berbaju-T berbelang biru putih dan
berseluar panjang hitam, tercegat di depan pintu. Ammar cuba tersenyum walaupun
berkerut dahinya memandang Kak Su dengan
kehairanan.
“Berkali-kali saya
ketuk pintu hadapan, kakak tidak muncul. Mujur saya membawa kunci pendua. Abang
Lan menelefon saya, katanya kakak demam... Terukkah demamnya, kak?” Ammar
bertanya dengan nada dan wajah cemas sambil menekap tangan ke dahi Kak Su.
“Demam biasa saja, petang semalam kakak berhujan semasa balik
dari mengajar. Sudah ke klinik dan sudah dapat cuti sakit untuk hari ini dan
esok. Cuma kepala kakak yang masih pusing.” Terang Kak Su sambil bergerak
perlahan menuju ke bilik air untuk berwuduk.
Seusai
solat ‘asar, Kak Su mendesak Ammar menghantarnya ke Pekan Ulu Tiram yang cuma
tiga kilometer dari rumahnya. Tepak sirih dan keperluan hantaran mesti segera
dilengkapkannya. Kak Su sudah membulatkan tekad tidak mahu bertekak dan
bertengkar lagi dengan Abang Lan. Biarlah dia sendiri membeli tepak sirih yang
bagi diri Kak Su sebagai lambang kerukunan dan setia kasih. Tidak patut
dipertengkarkan dan tidak patut berkecil hati atas sikap tidak acuh Abang Lan
yang dibaluti ego tebal. Seikhlasnya Kak Su mahu hari bahagia Ammar yang
semakin hampir turut membahagiakan hatinya juga. Biarlah Abang Lan dengan
egonya, desah Kak Su.
“Cepat kak! Kita melintas sekarang…”
Ammar memimpin tangan Kak Su untuk melintasi lampu isyarat pejalan kaki yang
berwarna hijau dengan ikon orang melangkah. Kereta Ammar terpaksa di parkir
jauh kerana kesesakan lalu lintas.
Kak Su cuba menpercepat langkahnya mengejar langkah Ammar yang mendahuluinya.
Sambil Kak Su melangkah pantas, matanya melilau memerhati ke barisan kedai di
seberang jalan. Enjin puluhan kenderaan
yang berhenti di hadapan mereka berbunyi
seperti orang sedang merungut, menunggu saat lampu hijau bulat menyala
memberi laluan kepada kenderaan pula. Pasti akan meluru dan memecut, kecut
perut Kak Su tergambar begitu.
Sungguh sibuk
dan gawat lalu-lintas di hadapan Kak Su dan Ammar. Begitu jugalah kegawatan hati
Kak Su ingin tepak sirih yang dihajati segera berada dalam tangannya. ‘Ya!
Sebentar lagi tepak sirih itu sudah kubeli dari kedai peralatan pengantin di
seberang jalan sana…Jadilah ia tepak kasih bagiku!’ Gumam Kak Su sambil kakinya
melangkah kian pantas ke kaki lima kedai.
 
Lampu isyarat hijau dengan ikon orang berjalan kaki tiba-tiba bertukar warna
merah. Memaparkan ikon orang berdiri. Berkerut
dahi Kak Su menahan kebingitan di telinga. Berdenyut-denyut semula kepalanya
terganggu dek bunyi deru enjin kenderaan dan hon kereta yang ditekan
berkali-kali. Mujurlah sempat dia menyeberangi jalan raya yang sibuk dan padat
lagi kalut itu. Kak Su tercungap-cungap kepenatan sambil tangannya
mengurut-ngurut dadanya. Tiba-tiba…
“Oppsyyh! Isyh…Tengok kaki awak!” Jerit Kak Su tersangat terkejut, dan merah
padam mukanya.
Ammar turut terkejut, dalam sekelip mata tidak terduga berlaku sesuatu yang
membuat airmukanya berubah! Dari merah
padam kepada pucat lesi. Sangat-sangat terkejut dan menerbitkan marah pula!
Hampir saja Kak Su terjelepuk jatuh dan tersungkur ke atas simen kaki lima
kedai. Kaki kanannya bertembung selisih sepasang kaki panjang gagah berseluar
panjang hitam dan berkasut kulit hitam berkilat. Yang tiba-tiba terhenti
langkah di hadapan mereka berdua. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
“Maaf! Maafkan…Maafkan saya tidak sengaja!” Lelaki tinggi gagah berdada bidang
dan berbaju merah pulasan kelihatan tercungap-cungap. Hampir juga dia rebah
arah hadapan Kak Su. Segera tangan kirinya memaut bahu Ammar yang sedang
membantu Kak Su berdiri semula.
Mujur mereka
sudah menghampiri kaki lima kedai. Tidak di pinggir jalan…Ngeri untuk Kak Su gambarkan
jika berlaku di atas laluan melintas jalanraya tadi
“Awak patut
buka mata besar-besar! Tidak merempuh orang sesuka hati!” Rungut Kak Su dengan
nada marah dan muka merah padam. Sempat Kak Su melirik, tangan kanan lelaki itu
memegang kemas beg plastik terang berisi sebuah tepak sirih!
Kecoh sebentar kaki lima kedai di tepi laluan lintasan pejalan kaki. Orang
ramai yang lalu lalang tercengang-cengang memandang ke arah seorang lelaki yang
bertembung laluan dengan seorang wanita. Kedua-duanya hampir sebaya dalam
lingkungan umur empat puluhan. Suasana hingar-bingar pekan Ulu Tiram yang sibuk
sesak pada waktu lewat petang itu mengeruhkan semula hati Kak Su. Lebih-lebih
lagi bertembung dengan lelaki sekalut itu.
Membuak-buak rasa marah di hati Kak Su.
Sebaik sahaja Kak Su dapat berdiri semula…Satu lagi kejutan!
Melongo mata bundar Kak Su sebaik tetancap tepat ke wajah lelaki itu. Hampir saja dia
menjerit sekuat hatinya!
“Abang Lan!” Lemah
seluruh tubuh Kak Su dan terus tersandar ke dada bidang suaminya, Doktor Azlan
pensyarah sebuah IPTS yang terlalu sibuk. Terlalu terkejar-kejar masa berkerjaya,
sehingga hampir mengorbankan adat-istiadat bangsanya dan perasaan isterinya
sendiri. Sungguh tidak patut! Desis Kak Su dalam hati.
Sepantas kilat
tangan kiri Abang Lan mendakap bahu Kak Su. Tangan kanannya pula menghulurkan
plastik berisi tepak sirih sambil matanya merenung Ammar dan Kak Su, silih berganti. Lalu kata
Abang Lan,
“Ambilah tepak
sirih ini untuk dijadikan tepak kasih yang dapat menghimpunkan tautan kasih
seisi keluarga kita. Kita masih perlukannya menjadi simbol menyampaikan hajat
dan menyatukan hati kita semua…” Lirih suara Abang Lan, tidak lagi
melengking-lengkip pada pendengaran Kak Su.
Kerunsingan
Kak Su telah bubar dan denyutan pusing kepala Kak Su juga sirna. Kekusutan
fikiran terlerai dan persefaham menyingkirkan sikap tidak acuh. Himpunan kasih tersimpul dan tersimpan
semula di dalam tepak kasih!
http://feeds.feedburner.com/sastera
    
        Published on January 25, 2013 17:04
    
No comments have been added yet.
	
  Azmah Nordin's Blog
- Azmah Nordin's profile
- 14 followers
      Azmah Nordin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.