1. Saya telah dijemput ke program
ASSALAMUALAIKUM di
TV al Hijrah pada 15.November sempena Maal Hijrah dan sambutan ulang tahun ke 2 penubuhan TV al Hijrah.
2. Saya telah diminta berkongsi rasa mengenai pengalaman saya menghasil dan menyumbang drama patuh syariah di TV al Hijrah.
Amin Idris dan
Farah Adeeba menjadi pegacara pada rancangan tersebut.
3. Alhamdulilah sepanjang dua tahun penubuhan TV al Hijrah saya sempat menyumbang 5 buah drama iaitu
KURMA AJWA UNTUK NAJWA, MAQAM, DOA UNTUK AKU yang semuanya adalah drama berantai. Untuk telemovie saya telah menyumbang 2 buah drama iaitu
KALUT RAYA dan
AKU BUKAN HAJI.4. Saya berterima kasih pada TV al Hijrah kerana telah memberi kepercayaan dan kesempatan pada saya untuk menyumbang karya saya di TV al Hijrah. Saya harap peluang ini akan diberi lagi pada masa-masa akan datang.
5. Selamat menyambut ulang tahun ke 2 pada TV al Hijrah.

Published on November 17, 2012 19:45