.: Rania Obses Manik :.

Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5 cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria, nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang. Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva SekolahSebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Kau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.*****Sedikit sedutan Rania Obses Manik daripada BNI:Nama Jannah diubah kepada Rania mengikut budi bicara editor dan ia daripada penulis ;)
Tapi kat sini BNI malas nak ubah boleh...?MENGANGKAT kepala, Jan tenung. Tak cukup dengan itu, Jan senget-sengetkan sedikit kepala, mula telek. Setakat mana boleh deria pandang. Tak hendak paksa mata lebih daripada mampunya. Cukuplah dia pernah memalsa dan sampai sekarang menanggung rasa. Malah, sebabkan memaksa jugalah dia dipaksa berdiri di sini. Di hadapan bangunan sekolah yang gah berdiri ini.Ya, gah berdiri. Masih.Harap Jan sempatlah dia sudahkan PMR di sini tahun hadapan. Tak perlulah nak pindah sekolah lagi.Akhirnya, lepas adegan saya tenung kamu, saya telek kamu, keluhan diluah. Bahunya ikut jatuh.Papa yang berdiri sama di sebelah Jan, senyum. Bahu Jan yang merunduk untuk tunjuk perasaannya tika ini diraih lalu digenggam lembut.Jan angkat kepala, lihat papa. Papa yang semenjak awal memberi Jan semangat. Papa yang semenjak mula tak jauh daripada Jan apabila diperlukan. Setiap masalah yang Jan depani, papa yang ikut ada, sebagaimana mama. Dan dia, Jannah Iman binti Rasyhid, cukup bangga dengan kedua-duanya. Dengan mama. Dan dua kali ganda bangga dengan papa.Aznan bin Muhammad. Atau papa untuk Jan semenjak usianya lima tahun.Ya, papa bukanlah papa kandung Jan. Ya, papa bukanlah papa sebenar Jan. Tapi Jan tak pernah rasa sedemikian. Hanya atas sebab yang satu. Papa tidak pernah biar Jan rasa yang begitu. Kalau tidak kerana Jan berbinti lain, Jan tak ada sedar pun bahawa papa hanyalah seorang bapa tiri.Begitulah kuatnya papa di mata dan di hati Jan. Dan sesudah sembilan tahun, ia jadi utuh dan teguh dalam. Tak pernah Jan hendak rasa ragu. Langsung.Kalau pihak tak sayang mulut kata Jan anak tiri, belum Jan keluar bunyi, papa dah keluarkan mata. Menjegil bukan main kepada pihak yang tak ada salah itu. Sampaikan pihak itu mula rasa dia sudah buat salah. Bila maaf dihulur olehnya, keluar pula gigi papa. Sengih suka.Itulah papa Jannah Iman binti Rasyhid, Aznan bin Muhammad.Jan senyum kepada papa. Boleh luas, lebih manis. Kerana ia untuk papa.Tangan yang tadinya menggenggam bahu Jannah, papa gerak lagi. Menampar-nampar bahu kurus Jan. Sambil lihat depan kembali, papa bersuara, “Jangan tertipu dengan mata, Jan. Yakinlah, inilah tempat baru Jan. Insya-Allah, Jan tak akan hampa. Cuma Jan perlu bersikap lebih terbuka dalam terima kawan-kawan baru. Papa nak Jan berkawan dengan baik, belajar dengan baik. Mmm, cuma jangan baik sangat dengan kawan lelaki. Cukuplah seadanya, secukup rasa.”Dalam tawa ditahan Jan bertanya, “Kenapa?”Bukan apa, nasihat bab kawan baik sangat dengan lelaki, papa tak perlu nak beri pun. Sebab Jan memang tak pernah baik sangat dengan kawan lelaki. Memang seadanyanya dari. Secukup rasa selalu. Dan Jan memang lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Tapi mereka semua hanya kawan. Tak baik sangat, tak kurang sangat. Memang cukup rasa.Papa buat muka sebek. “Sebab nanti papa akan cemburu.”Jan ketawa terus. Jan tahu papa berlelucon dengannya. Papa tak hendak tengok dia tak pasti atau teragak. Papa hendak dia melangkah masuk dengan penuh yakin, masuk ke dalam sekolah ini dan melalui hari pertamanya.Dan Jan berjanji akan akan merealisasikannya.
Published on October 11, 2012 03:40
No comments have been added yet.
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
