PERATURAN PRAKTIK BLOG SASTERA




Disediakan oleh: Noraini Eslah/Ummu Anas

                              (Pengurus
Blog Sastera)

Kemaskini Peraturan;

1.      Blog Sastera hanya memberikan bimbingan cerpen
secara percuma di blog terbuka ini.

2.      Bagi bimbingan cerpen berbayar akan dilakukan
di blog tertutup.*

3.      Bimbingan novel pula hanya di lakukan di blog
tertutup dan berbayar.*

4.      Setiap peserta bimbingan cerpen, diberikan
peluang menghasilkan 3 buah cerpen dengan bimbingan percuma.

5.      Tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan
sebuah cerpen hanya satu bulan. Jika tidak siap dalam tempoh tersebut,
disambung ke bulan berikutnya. Kiraan bulan berikutnya dikira sebagai tempoh sebuah
cerpen lagi. Bererti setiap peserta hanya diberi masa bimbingan percuma hanya tiga
bulan sahaja. Masa selepas itu akan dikira dengan bayaran pula.

6.      Bagi peserta baru yang berbakat dan berjaya
menyiapkan 3 buah cerpen melalui bimbingan percuma, akan berpeluang mendapat
bimbingan ncr(novel cerita rakyat) secara percuma di blog tertutup.

7.      Setiap cerpen yang sudah selesai diedit dalam
blog ini, akan saya padam dalam masa seminggu. Ini bagi mengelakkan blog
sastera mengalami masalah disebabkan berlebih muatan.

**Untuk memohon mengikuti
blog tertutup dan berbayar, sila hubungi azmahnordin@gmail.com







Langkah-langkah Mengikuti Bimbingan Percuma Blog Sastera;

1.       Bagi yang berminat mengikuti bimbingan cerpen, sila beritahu di shout
box blog ini. Hanya nama yang terpapar di shout box saja yang akan saya
daftarkan segera. Saya tidak akan menjemput anda melalui email.

2.      Sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda olah ke dalam
thread sinopsis, yang kelihatan di sebelah kiri shout box.

3.      Masukkan sinopsis ‘page by page’ kerana kotak komen di dalam
blog ini muatannya kecil sahaja. Perlu juga ada ‘google account’ untuk proses ‘posting’;
ia mudah saja dengan ‘klik’ mengikut arahan di kotak komen.

4.      Setiap sinopsis anda akan saya baca dan nilaikan dahulu, samaada
bernilai murni ataupun tidak. Hanya sinopsis yang bernilai murni sahaja yang
akan saya pilih untuk mendapat bimbingan sifu. Selepas proses penilaian, akan
saya buka thread bimbingan untuk anda.

5.      Sebaik sifu mulakan bimbingan, harap segera mengolah cerpen anda
menepati masa yang ditetapkan. Setiap kali selesai posting karya anda, harap
beritahu di shout box bagi memudahkan saya menyusun giliran edit.

6.      Sebelum membuat ‘posting’ karya anda, sila pastikan penulisan
anda memenuhi format blog sastera; size
huruf  12– Newtimes Roman dan double
spacing.
Kegagalan mematuhi format ini akan membuat sifu enggan
mengedit karya peserta, sehinggalah format dipatuhi.

                                                                     





Senarai-semak ciri-ciri karya sastera

1.     
Mesti menggunakan
Bahasa Malaysia yang betul

2.     
Mesti menerapkan
nilai murni

3.     
Mengandungi nilai
perjuangan

4.     
Memenuhi hak-hak
kemanusiaan

5.     
Menjaga norma-norma
kesejahteraan masyarakat dan menjaga sensitiviti beragama.

6.     
Memelihara hak dan
mengangkat maruah wanita di mata masyarakat

7.     
Mengelakkan paparan
salahlaku sosial dan keruntuhan moral

8.     
Menggunakan ilmu
bantu untuk mengangkat mutu karya.




Kesemua ciri-ciri
tersebut mesti dipenuhi, supaya karya kita akan mudah diterima oleh pihak
penerbitan. Kebelakangan ini semua penerbit tidak mahu menerima karya-karya
yang mengandungi unsur-unsur negatif. Antara unsur-unsur negatif yang
dimaksudkan;

·        
Kehancuran rumahtangga

·        
Pergaduhan dan
keganasan

·        
Pembunuhan dan
jenayah berat

·        
Perbuatan sumbang




Isu-isu sedemikian
perlu dielakkan. Sewajarnya hanya bahan-bahan berunsur positif sahaja yang di
ketengahkan kepada pembaca. Supaya dengan ini kita akan menghasilkan karya
sastera yang mendidik masyarakat menjadi baik dan hidup dengan sejahtera.

Ayoh! Kita mulakan segera!
http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2012 10:34
No comments have been added yet.


Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.