Alhamdulillah.
Pagi minggu yang menggembirakan; ulasan novel My Name Is Red terbit di akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Sebetulnya intipati artikel ini tidak berbeza dengan entri di bawah tentang novel yang sama (dalam Bahasa Inggeris). Namun, kerana tidak senang duduk selagi tidak menukilkan sesuatu dalam bahasa ibunda untuk bacaan masyarakat awam tentang suatu isu yang pada saya sangat penting terutamanya kepada pengarang, saya menulisnya semula menggunakan langgam bahasa yang lebih impersonal.
Sangat berpuas hati dengan suntingan yang dilakukan, terima kasih kepada Tuan Editor yang 'mencantikkan' tulisan kecil ini.
Selamat membaca!
Semoga tulisan ini bermanfaat
Published on September 08, 2012 19:18