.: sayang dia suam-suam [10] :.

Sirin mengetuk pintu perlahan lalu terus membuka daun pintu bilik bacaan tersebut tanpa menunggu arahan daripada Azaim. Maklumlah, Azaim tahu akan kedatangannya. Bukannya dia sendiri yang merajinkan diri ke sini. Sebaliknya dia lebih rela menghabiskan masa di biliknya sendiri daripada berada di sini, barang 60 saat sekalipun. Tak teringin, tak terhegeh. Hidung memang memancung, pipi tak tersorong-sorong.
Namun untuk meyangkal, Sirin rasa tidak patut. Tambahan pula ini mungkin kali terakhir dia di Vila Fatih. Jadi, biarlah perpisahan kali ini, antaranya dengan Azaim, adalah secara baik. Dia tidak mahu ada sebarang perasaan benci dalam hati mereka lagi sesudah dia kembali ke UK untuk selama-lamanya. Kerana itu jugalah dia berada di sini, mengikut arahan Azaim yang disampaikan oleh Mak Tua seketika tadi.
Sebaik Sirin melangkah masuk ke bilik bacaan, kakinya terhenti apabila sedar renungan mata Azaim tidak lari dari mukanya. Lembut sekali sepasang mata kecil itu menyentuh parasnya. Membuatkan debaran melantun-lantun dalam dada, tanpa dia mahu. Dengan tangan yang masih kejap pada tombol pintu, Sirin terkaku.
“Masuklah. Abang Im tak makan orang…” Azaim tersenyum nipis lihat gelagat Sirin. Matanya tidak berkalih. Melihat sahaja Sirin yang mengatup daun pintu lalu perlahan-lahan mengatur diri mendekatinya, yang sudah lama duduk di sofa coklat gelap di situ. Memang bertujuan menunggu kehadiran Sirin. Mahu tahu sama ada Sirin akan menurut kemahuannya ataupun tidak.
Azaim akui dia agak peranjat melihat Sirin di sini. Macam tak percaya. Masakan tidak, selama ini segala kehendaknya tidak pernah Sirin turuti. Ada sahaja alasan gadis itu demi menghampakan setiap keinginannya. Malah, melihat mukanya pun Sirin tidak pernah mahu. Nampaknya pemergian Sirin ke UK sedikit mengubah rentak permainan gadis itu. Mungkin kerana sudah lebih matang. Namun dia lebih yakin bahawa Sirin cuba bertolak ansur dengannya demi mahu mencapai niat hatinya. Walaupun Sirin tidak menyatakannya, Azaim sudah boleh menangkap. Sebuah beg pakaian yang datang bersama Sirin menjawab kemusykilannya sebelum Sirin sendiri membuka mulut memberi jawapan.
“Ya? Kenapa panggil saya?” Sirin bertanya sudahnya. Berdiri agak jauh dari sofa coklat gelap yang diduduki oleh Azaim ketika ini. Pemuda itu nampak selesa sekali.
“Duduklah. Ada ke pulak berdiri. Sini…” Azaim mengetuk-ngetuk tangan ke sofa, bersebelahan dengannya. Mahu Sirin duduk di situ.
Sirin menggeleng pantas. Nak cari pasal gamaknya! Ada ke nak duduk sebelah dia? Dari sini pun bila dia tengok, renung gitu, dah rasa macam kena kejutan elektrik. Inikan pula nak duduk sebelah. Mahu terkena kejutan sawan gamaknya. “Tak apa, saya berdiri aje.”
“Sirin, duduklah. Abang Im tak makan orang. Sungguh.” Azaim tersengih, angkat sebelah tangan seolah-olah bersumpah, nakal mengerdip mata. Walaupun tidak suka Sirin membahasakan diri saya dengannya, namun dia terima saja. Selepas dia menghantar Sirin ke asrama waktu itu, begitulah Sirin membahasakan diri. Bukan lagi Rin atau adik, kala hendak manja-manja.
Sirin mencemik bibir. Akhirnya dia meletak punggung di sofa. Namun dia masih waras. Belum hilang akal untuk duduk di samping pemuda itu. Sebaliknya memilih kerusi tunggal di situ, tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun. Kang tak pasal-pasal Azaim buat perangai tak siuman, duduk sebelahnya, payah pula. Tak pasal-pasal kena sawan. Tak boleh, tak boleh.
Azaim menjongket sebelah kening kepada Sirin. Tahu mengapa Sirin memilih kerusi tunggal itu. Dia menurut sahaja walaupun lebih sanggup berkongsi sofa dengan Sirin. Malahan berkongsi benda lain pun lebih daripada rela. Kongsi apa? Apa-apa sajalah…
“Ya?” Sirin mendesak lembut. Tidak mampu terus melawan renungan mata kecil itu. Malah senyuman nakal yang menggayuti bibir Azaim turut buat dia rasa lain macam. Seolah-olah ada benda saja di dalam perut.
“Saja aje, nak ajak Sirin bersembang. Tak boleh ke?”
“Saya ada kerja.” Harap-harap fahamlah.
“Hmm, kerja?”
“Ia, kerja!” Sirin duduk berpeluk tubuh. Tayang muka tak ada perasaan.
“Kerja apa tu? Sampaikan tak ada masa nak berbual dengan Abang Im?” Azaim tayang muka pelik.
“Kerja tu perlukan tumpuan sepenuhnya dan mengharapkan tak ada sebarang gangguan. Tak boleh kalau ada orang datang ketuk pintu dan sampaikan arahan seseorang. Tersasar nanti.”
Azaim ketawa perlahan. “Tak apalah kalau sesekali tersasar. Lagipun bukan selalu ada peluang nak tersasar, kan?”
Sirin hanya merengus halus. “Abang Im nak apa sebenarnya ni?”
“Berbual. Kan Abang Im dah kata…”
“Nak bualkan apa?” tanya Sirin acuh tak acuh. Tak ada mood nak berbual dengan Azaim, walau dia sendiri yang menurut kemahuan jejaka itu. Sangkanya Azaim mahu menemuinya sekejap sahaja, tapi lain pula halnya. Nak ajak beramah mesra pula. Banyak kacak!
“Pasal malam ni. Sirin pakai baju apa?”
“Baju sayalah. Takkan nak pakai baju orang lain kut.”
“Tapi, kan kebanyakan baju-baju Sirin warna hitam. Abang Im tak kisah kalau Sirin nak pakai jugak, tapi jangan marahkan sesiapa yang salah sangka. Macam semalam. Kesian Sal, tak tahu nak buat apa bila tengok Sirin rempuh keluar dari sini macam tu, walaupun mula-mula rempuh dinding.”
“Don’t worry about your dinding or your Sal. They will be save enough from my temper. Dan, tak perlu risau pasal ada yang salah sangka lagi malam ni. I have something other than black to wear.” Sirin menjeling. Hatinya tiba-tiba terasa hangat mendengar nama Salmiha. Kalau nama dinding tu, tak rasa apa-apa pula. Biasa aje. Tapi bila nama Salmiha yang meniti bibir Azaim, perasaannya disambar rasa marah.
Kenapa ni? Untuk apa pula dia rasa marah kepada Salmiha mahupun pada nama gadis itu sendiri? Suka hati Azaimlah nak sebut nama Salmiha berapa kali pun, malah kalau nak bercakap dalam bahasa baru yang diberi nama ‘bahasa Salmiha’—kalau Azaim mampulah—pun dia tiada hak untuk menghalang pemuda itu. Lagipun dia memang tak akan faham ‘bahasa’ itu.
“Something other than black? Well, this is interesting. And… what color is that?”
“Hmm, that is my business, I think.”
Azaim ketawa sekali lagi.
“Ingat saya baru buat lawak ke?” Sirin mula rasa geram. Sepatah dia cakap, sepuluh kali Azaim gelak. Ingat dia masih nak jadi badut amatur ke?
“No, of course not. Cuma… Your accent. I like it very much…”
“Yeah, I caught some. Dah lima tahun kat sana kan…”
“Yalah, yalah. Hmm, baju apa Sirin nak pakai malam ni? Tell me, I’m very curious right now. It’s eating me.”“Kenapa pulak nak tahu?”
“Come on, Sirin. Don’t be a killjoy. Tell me…”
Sirin menghempas keluhan kecil. “Fine. A chiffon tee. Kawan saya kat sana hadiahkan. To be precise, a blue chiffon tee. Dia teringin nak tengok saya pakai baju selain hitam, sebab tu dia kasik.”
“Kawan?”
“Hmm, Rob.”
“Rob?”
Perubahan wajah Azaim, yang berkerut serius tiba-tiba buat Sirin pelik. Apa hal mamat ni? Kena sembelit ke tetiba? “Yeah, Rob. Robert.”
“Hmm, dia hadiahkan baju yang warnanya selain warna hitam, warna kegemaran Sirin, terima pulak. Abang Im kasik satu almari punya baju, untuk Sirin, tak boleh terima. Kenapa tu?”
“Rob bagi hadiah birthday. Ada sebab untuk saya terima. Tapi Abang Im, saya tak nampak pun sebab untuk terimanya.” Selamba saja Sirin angkat-angkat bahu. “Lagipun, semua pakaian dalam almari tu, bukan selera saya. Rob bagi sesuatu yang saya suka. Dia tahu apa saya selesa pakai dan yang dia bagi tu cotton tee. Bukan kebaya, kurung bagai!”
“Fine! Lets go…” Azaim bangkit tiba-tiba.
Mata Sirin buntang memerhati Azaim yang sudah berdiri dan menghadiahkan pandangan tajam untuknya, bersama muka masam mencuka. Dia blur. Tidak faham dengan perubahan sikap Azaim. Sekejap tadi gelak bukan main. Gelakkan dia pula tu! Macamlah dia duk buat lawak antara benua. Sekarang ni, sua muka tenat macam kena sembelit. Eii, peliklah mamat ni. Tak tahu pun dia Azaim dah ada penyakit gini. Sejak bilalah agaknya?
“Jom!” Sekali lagi Azaim mendesak. Siap hentak kaki dua macam.
“Nak ke mana pulak?” Sirin garu hidung. Masih blur. Tapi lucu juga lihat acara hentak kaki daripada Azaim. Dah macam Alena pula, bila perempuan itu tergedik mahu ditemani ke tandas setiap malam.
“Keluar. Abang Im nak belikan cotton tee untuk Sirin.” Beria-ia Azaim tekan perkataan cotton tee.
“Belikan cotton tee?”
Azaim mengangguk.
“Oh, tak payah. Saya tak perlukannya. Kalau saya nak, saya boleh beli sendiri. Tak payahlah susah payah belikan apa-apa pun untuk saya. Saya dah tak perlukan apa-apa lagi. Terima kasih.” Sirin turut mengangkat buntut. Rasa tidak selesa untuk terus duduk dan membiarkan Azaim berdiri di hadapannya. Terasa seolah-olah Azaim mahu memonopoli suasana antara mereka, juga dirinya.
“Sirin, Abang Im nak…”
Kata-kata Azaim tidak mampu diteruskan apabila ketukan pintu bilik bacaan menagih perhatiannya. Membuatkan Azaim merengus kasar sebelum menjerit, “Masuk!”
Agak kuat, sehinggakan Sirin ternganga mendengar intonasi suara pemuda itu, yang jelas berang dengan sesuatu. Apa kenanyalah mamat ni? soal Sirin sendirian. Tambah-tambah tidak faham dengan sikap Azaim. Salji tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba Azaim beku. Ufh!
“Tuan Azaim, Encik Kasyah nak jumpa.” Leha muncul di balik pintu yang ternganga luas, melemparkan senyuman kecil untuk Sirin, yang turut membalas walau pandangan Sirin sesekali arahnya pada muka Azaim. Penuh rasa pelik.
Azaim turut membalas pandangan Sirin. Namun bukan pandangan hairan yang dihadiahkan oleh Sirin, sebaliknya renungan tajam yang mungkin mampu menelan gadis itu hidup-hidup. Jika mampu.
“Suruh dia masuk, Leha,” arah Azaim, masih tidak mengalih pandangan dari paras Sirin, yang berkerut-kerut dahi melihatnya.
“We’re not finish discussing this yet. Kita akan bincangkannya semula nanti.”
“Maaf, Tuan Azaim, tak ada apa yang perlu dibincangkan. This discussion is over. I’m getting back to my room.”
“Sekejap,” ucap Azaim sebelum Sirin mengorak kaki, apabila dilihat Ukasyah sedang melangkah masuk ke bilik tersebut.
“Apa lagi?” Sirin mengetap bibir geram. Kalau diikut hati, hendak sahaja melangkah tanpa pedulikan kehendak Azaim. Lantaklah Azaim nak tayang muka sembelit ke, muka senggugut ke. Namun, rasa hormat yang masih bersisa menghalang dia daripada bertindak sebegitu.
“Abang Im nak kenalkan dengan setiausaha Abang Im.” Azaim memaksa diri mengatur senyuman buat Ukasyah yang sudah hampir dengan mereka.
“Tuan Azaim.” Ukasyah mengangguk, sebagai tanda hormat, selain tambahan tuan pada pangkal nama lelaki itu.
“Kasyah, I kenalkan you dengan seseorang yang cukup istimewa untuk orang tua I dan I sendiri. Ini Sirin. Panggil dia Rin. Sirin, kenalkan setiausaha Abang Im, Ajmal Ukasyah.” Azaim memperkenalkan sambil mengerling saja Ukasyah bersama senyum penuh rahsia (yang difahaminya), bersalaman seketika dengan Sirin, yang menguntum senyum biasa (kerana tidak faham makna senyum rahsia Ukasyah).
“You’re his secretary?” Sirin menyoal tidak percaya.
“Sebernarnya saya sekretari Syamsul. Tapi secara tak rasmi jadi sekretari big boss sekali. On occasion. Tuan Azaim tak ada sekretari, tapi kalau perlukannya, I sentiasa ada…” Ukasyah masih tersenyum.
“Tapi… lelaki?” tanya Sirin lagi, kali ini tunak pada dua anak mata berbeza warna milik si lelaki. Dia tidak pelik kerana yakin pasti Ukasyah bukannya tersalah lensa mata, sebaliknya semula jadi begitu. Penyakit mata. Lebih tepat, iridium.
“Tak ada undang-undang yang nyatakan hanya perempuan boleh jadi sekretari, Cik.. Rin.” Sempat Ukasyah pandang sekilas Azaim dan perasan senyum Azaim. Dia tahu Azaim perasan sangat apa dia hendak buat. Saja-saja hendak guna Sirin dan bukan Rin, sebagaimana ‘diarah’ Azaim. Hendak cuba try test, tapi dia tarik diri. Sebab Azaim sudah pun beri amaran apabila ‘mengarah’ dipanggil Rin tadi.
“Oh, save the cik, please. Panggil aje saya Rin atau Sirin.”
“Rin,” tekan Azaim tiba-tiba, masih melihat.
Sirin terus tengok Azaim, jelir lidah. Kemudian pandang Ukasyah semula, tayang gigi. Dan Ukasyah ketawa.
Sirin sudah buat keputusan, mahu sukakan Ukasyah. Pemuda ini, yang nampak beberapa tahun muda daripada Azaim jelas berbudi pekerti dan ramah orangnya. Walaupun baru beberapa minit bersamanya, dia sudah rasa selesa. Bukan macam bila berada dengan Azaim. Seram sejuk. Selain itu Ukasyah membuatkan ingatan Sirin tak putus singgah kepada Robert. Walau tidak dari segi fizikal, namun perasaan senang dan selesa itu sama. Ukasyah di mata Sirin kacaknya bukan kacak biasa. Ukasyah kacak cantik. Itulah kata matanya.
“Kalau macam tu Rin pun panggil saya Kasyah aje. Itulah panggilan kawan-kawan saya.”
“Okey, Kasyah. Sebab sekarang saya kawan Kasyah, kan?”
Kasyah mengangguk, mengerdip mata.
“Hmm, that’s quite enough I think.” Azaim bersuara keras tiba-tiba. Sudah puas jadi pemerhati dan pihak yang terkecuali atau lebih tepat pihak yang tidak dipeduli.
Sirin dan Ukasyah sama-sama menoleh muka, menentang wajah Azaim yang masih serius. Malah nampak tidak puas hati. Sirin mencerun Azaim sebelum menarik muka. Ukasyah pula tayang gigi melihat lagak Azaim dan Sirin ketika ini. Tak mampu bertikam lidah di hadapannya, saling bertingkah pandangan pula.
“Sirin boleh ke bilik sekarang. Tapi kita akan sambung apa yang kita bincangkan tadi. Abang Im belum habis bincangkannya. Okey?”
“Actually we don’t have anything to discuss. Like I said, we’re through.” Sirin menghadiahkan jelingan paling tajam untuk Azaim lalu mengalih batang leher ke arah Ukasyah, yang jelas tersenyum lawa.
“Kasyah, hope to meet you again and have a very long talk about our latest acquaintance. See you again, Kasyah.” Bersama lambaian tangan serta senyuman manis, Sirin mengorak kaki meninggalkan bilik bacaan tersebut. Tahu bos dan setiausaha ini perlukan ruang peribadi. Dia pun sama!
Azaim dan Ukasyah sama-sama menurut langkah Sirin sehinggalah gadis itu keluar dari bilik tersebut dan pintu terkatup rapat.
“Sirin Hassan, I guess?” Ukasyah menjongket kening.
“An accurate one. How come you can memorize everything by heart?”
“Untuk jadi sekretari yang baik, untuk dua orang bos, itu yang diperlukan.” Ukasyah mengenyit mata, tersengih. “She’s different than other girls I met.”
Azaim jongket kening saja.
“Dia komen kerja aku… tu aku dah biasa. Cuma tak pernah tak ada perempuan yang tak komen mata aku yang cantik ni. Tapi dia… buat macam biasa aje walaupun ni kali pertama kami jumpa muka.” Ukasyah kagum sungguh. Sebab ini hal baru untuknya.
Hal biasa-biasa, setiap gadis, malah lelaki yang jumpa dia kali pertama, takkan tak tanya soal matanya yang berbeza warna. Hal paling biasa yang satu itu, hampir dua tahun sudah, apabila dia menerima reaksi paling gah sebaik matanya menentang sepasang mata yang baru dia kenal. Mata bulat Salmiha bersama jerit sakan Salmiha. Terkejut sungguh lihat anak matanya. Terkejut tahap takut sangat!
Azaim mengeluh kecil. “Apa kau buat kat sini, Kasyah? Aku tengah bincangkan satu topik penting dengan Sirin tadi.”
Jelas rasa tidak puas hati Azaim dalam setiap patah kata itu. Walau Azaim sedar Ukasyah mampu menangkapnya, dia tak peduli. Geram dengan ketibaan Ukasyah yang tidak kena pada tempatnya.
“Tapi Sirin…” Pandangan keras dua macam Azaim buat Ukasyah betulkan ayat. “Rin. Tapi Rin tak rasa macam tu, rasanya.”
“Nothing’s changed. The topic is still damned important to me. And you, what do you want?”
Ukasyah mengeluh kecil. Rupanya beginilah perangai orang patah separuh hati. “Actually, big boss, you asked me to be here precisely at 5.30 p.m.”
Azaim ketuk kepala sendiri. Mula mengutuk diri. Azaim tekad, lain kali tak akan campurkan urusan pejabat dengan hal ‘rumah tangga’. Kalau tak, jadi macam nilah. Sendiri buat janji, sendiri lupa diri. Ah!
*****
/ kut zaman remaja... /
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 25, 2012 02:23
No comments have been added yet.


Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.