InsyaAllah

Salah satu amalan yang kami pelajari di sini ialah penggunaan perkataan InsyaAllah di dalam perbualan. Setiap kali bercakap sesuatu yang berkait dengan perancangan dan masa depan pastinya diiringi dengan ucapan tersebut.


Ia kata-kata penting. Dalilnya begini,


Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.


Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.


Ia tegasan Allah melalui ayat 24 surah Al-Khafi.


Lalu kami cuba – InsyaAllah – mengamalkannya melalui tutur kata dan juga penulisan. Sesekali bila bersama dengan penduduk tempatan mereka menyambung kata-kata kami dengan sebutan tersebut.


Ia mengambil sedikit masa untuk menghampiri 100% perbualan, InsyaAllah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2012 09:56
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.