Tahun ke 2

Kereta yang ditinggalkan 50 hari di parking 11A, Masjid Nabawi. Mudah-mudahan baterinya masih utuh.


[image error]

Berbuka puasa bersama Khairul dan Zuraidah. Sebelum menyampaikan Tazkirah di surau Seksyen 10 Shah Alam.


Kami membilang tahun.


Besok - Sabtu jam 3.00 petang - kami sekeluarga – saya, Roza, Sara, Azrai, Sofea, Amirul dan Mak – akan meninggalkan KLIA menuju Madinah, InsyaAllah.


Bermulalah tahun baru berada di Tanah Haram, Madinah. Benar, Sara, Azrai dan Mak hanya pergi buat seketika tetapi ia pastinya membawa pengalaman baru buat mereka terutamanya anak-anak kami sebelum perancangan seterusnya di buat.


Banyak benar ujian dan halangan untuk membawa Mak ke sana. Namun kami bersyukur kerana – akhirnya – Allah memberi keizinanNya. Mudah-mudahan perjalanan ini dipermudahkan.


Inilah bakal pengalaman pertama kami – InsyaAllah – untuk melaksanakan ibadat berpuasa Ramadhan di Madinah. InsyaAllah baki 14 hari terakhir akan kami manfaatkan sepenuhnya.


Tambah-tambah lagi kami masih lagi mempunyai baki cuti kurang-lebih 20 hari.


InsyaAllah, jika perancangan kami menjadi kenyataan, seisi keluarga akan menunaikan umrah pada 4 syawal.


Terima Kasih


Itulah dua patah perkataan yang sangat signifikan yang mahu kami tujukan kepada kesemua rakan-rakan terutamanya khalayak FB, KRTS, RKDJU dan pembaca buku-buku yang telah menyerikan percutian ini.


Kami terasa seperti mempunyai keluarga yang sangat besar. Sungguh, kami benar-benar terasa begitu. Ia memberi rangsangan luar biasa untuk terus bersama khalayak.


Allahu Akbar. 


InsyaAllah akan ada sebaris permohonan kepadaNya agar kesemuanya diberkati dan dirahmati Allah. Kami sangat-sangat menghargai.


Hari ini, rumah kami di 36-12-04, Kondo Kemuncak akan dikunjungi – InsyaAllah – oleh rakan-rakan yang mahu bersua sebelum kami beredar. Team Majalah i (saya merupakan kolumnis mereka) akan bersama keluarga berbuka puasa.


“Jemputlah, kita pot-luck!”


Rempah Briyani


Kami dibekalkan dengan 5kg rempah briyani oleh Dr Zaharah. Kata beliau, “kami hanya menyampaikan sahaja….”. Agak saya ia sumbangan dari JM Briyani.


Jadi, jemputlah ke rumah kami di Jabal Ohud. InsyaAllah, rumah kami akan menerima tetamu seperti biasa selepas bulan Ramadhan. Jika ada yang ingin melawat kami sebelumnya, kita boleh aturkan pertemuan di waktu Dhuha.


Ia tidak mengganggu amal ibadat khusus yang lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2012 19:19
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.