HUDUD: MCA ANCAM KELUAR BN

Harakah Daily melaporkan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek telah membuat ancaman ini berikutan tersebarnya berita kemungkinan kerajaan negeri akan menimbangkan syor yang dibuat oleh seorang anggota dewan negerinya dalam pekara ini.
Berita ini semakin dipercayai oleh masyarakat Cina di negeri ini kerana sejauh ini tidak ada penapian dari Menteri Besar, Dato Abdul Ghani Othman.
Harakah dalam edisi Inggerisnya menjeritkan tajuk" Where anti Chinese racism failed , hudud suceeds to shake MCA trust in UMNO.
CATATAN:
Kerajaan Negeri Johor hendaklah segera menafikan dengan keras bahawa ia berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud terbit dari cadangan mengenainya yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Datuk Ayub Rahmat dalam Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Johor 20 Jun lalu.
Pas telah nampak untung politiknya, jika isu ini dieksploitasi sepenuhnya untuk menakutkan bukan Melayu terutama di Johor terhadap BN.
Walaupun penjelasan telah diberikan oleh Ayub bahawa ia tidak sama dengan cadangan Pas tetapi Pas dan media telah mengeksplotasinya untuk kepentingan politik mereka dan ini akan memimbulkan anggapan seolah-olah Kerajaan Negeri Johor benar-benar serius mahu melaksanakannya.
Adalah suatu tindakan bijak pemimpim-pemimpin Pas mengalu-alukan hasrat Ahli Dewan Negeri Johor itu sehingga ke peringkat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada UMNO dan memberikan jaminan Pas akan berkerjasama untuk melaksanakannya.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, juga turut mengalu-alukan dan Mohamad Sabu pula menyatakan akan tetap bersama Pas, walaupun UMNO melaksanakan hukum itu. Tidak lama lagi mungkin sokongan ini akan datang pula dari orang UMNO sendiri yang "kurang cerdik politik" dan ulama-ulama yang jumud yang melihat dunia dengan hanya sebelah mata sahaja.
Maka sebelum perkara ini berpanjangan dan mengelirukan bukan Islam yang akan menjejaskan imej liberal UMNO dan BN, kerajaan negeri Johor perlu menafikan sekeras-keras hasratnya untuk melaksanakan hudud dan menegaskan bahawa itu hanya cadangan seorang DUN.
Published on June 30, 2012 17:25
No comments have been added yet.
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
