A.SAMAD SAID SEDANG RANGKA DASAR PELAJARAN.

Dr. Chua menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi Anwar membisu seribu bahasa sedangkan beliau telah membuat desakan ini tiga kali dan hal ini akan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.
Dr. Chua mengulangi pertanyaan ; Berapakah sekolah rendah Cina dan sekolah persendirian Cina yang akan dibangunkan oleh Pakatan Rakyat dan adakah Pakatan Rakyat akan mengikhtiraf Sijil Pepereksaan Berseketu ( Unified Examination Cetificate) dari Sekolah Persendirian Cina?
CATATAN: Kelewatan Anwar memberikan jawapan ini mungkin kerana beliau sedang menimbangkan suatu jawapan yang dapat diterima bukan oleh rakyat keseluruhannya tetapi yang boleh meyakinkan beberapa orang penulis dan sasterawan yang fanatik kepadanya termasuk beberapa orang di Dewan Bahasa dan juga dua tiga kerat yang sedang menjadi tulang belakangnya untuk mempertahankan popularitinya di kalangan penulis.
Sasterawan Negara A.Samad Said amat marah kepada Tun Mahathir kerana Tun mahu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Barangkali Samad Said sedang memikirkan dan merangkakan suatu dasar pelajaran baru yang akan memberikan kepuasan kepada masyarakat Cina tanpa menyinggung perasaan orang Melayu. Anwar sedang menunggu cara penyelesaian menerusi sebuah polisi darinya.
Published on June 28, 2012 22:14
No comments have been added yet.
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
