TINDAKAN "SUPERMAN PKR" YANG TIDAK BANTU PARTI

Beliau memberitahu Sinar Harian Online, bahawa tindakannya itu adalah untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.
"Kerja saya semakin hari, semakin bertambah. Saya bukan Superman, tidak boleh lakukan dua tiga perkara dalam satu masa," katanya.
Beliau juga menafikan berita mengatakan, beliau akan melompat parti dan menegaskan: "Saya berjanji akan bersunat sekali lagi, kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini."
CATATAN:
Jika Rafizi tidak penting dan bukan Superman, maka masakan tindakannya itu akan menjadi berita besar yang menggemparkan. Maka itu, apapun alasan yang diberikan oleh Rafizi, tindakannya itu tidak bijak pada anggapan orang yang matang dan rasional kerana beliau melakukannya dalam keadaan parti memerlukan perpaduan dan consolidasi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Masakan Rafizi yang pandai kira-kira tidak membuat perkiraan politik.Jika Barisan Nasional mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh, maka Rafizilah yang telah menggocakkannya.
Rafizi seorang yang masih mempunyai kredebliti dalam PKR tetapi malangnya, beliau menyertai Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali untuk mengikuti tektik berbohong kering Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Published on June 23, 2012 01:44
No comments have been added yet.
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
