Checklist Ciri-ciri Karya Sastera (1 & 2)

Disediakan oleh: Ummu Anas

Khusus buat semua peserta kelas-kelas bimbingan blog sastera yang dimuliakan,

Setelah berbincang dengan sifu Az, sempena bermulanya tahun baru 2011, berikut saya bentangkan checklist yang wajar bagi setiap karya yang ingin kita garap dan beroleh bimbingan di blog sastera ini, antaranya:

1. Mesti menerapkan nilai murni.




2. Mengandungi nilai perjuangan.

3. Memenuhi hak-hak kemanusiaan.

4. Menepati akhlak mulia

5. Menjaga norma-norma kesejahteraan masyarakat.

6. Melindungi etika sosial.

7. Memelihara hak dan maruah wanita.**( mohon sifu beri sentuhan pengalaman berkarya berkaitan isu ini).

8. Menjauhi ciri-ciri salahlaku sosial dan keruntuhan moral.

9. Membudayakan ilmu bagi mengangkat martabat bangsa.


Kesemua ciri-ciri tersebut saya paparkan dengan tujuan setiap karya yang kita garap akan selari dan seiring dengan kehendak kebanyakan penerbit2 yg akan kita kemukakan karya2 kita kelak. Karya yang menepati ciri-ciri begitu akan mudah diterima oleh mana-mana jua penerbit kerana sifatnya yang sempurna baik dan berkualiti. Selebihnya ia memang bercirikan karya sastera bermutu tinggi.

Kebelakangan ini hampir semua penerbit tidak mahu menerima karya2 yg mengandungi unsur2 negatif yang memaparkan kegagalan hidup, kehancuran rumah tangga, pergaduhan dan keganasan, jenayah berat dan keruntuhan moral. Hal sedemikian cuba dielakan kerana kebanyakan pendapat pakar-pakar saikologi dan motivasi menyarankan, masyarakat yang baik terbina dari didikan dan pendedahan yang juga baik. Jika unsur2 yang tidak baik banyak diketengahkan, maka akan membentuk kebiasaan tidak baik dalam masyarakat. Justru itu peranan media massa dan media cetak bertanggungjawab menyediakan sebanyak mungkin bahan-bahan berunsur positif. Di sinilah bermulanya peranan kita selaku penulis, khasnya karyawan sastera. Mari kita mulakan langkah fikir, tulis dan persembahkan kepada masyarakat dari hasil pena kita yang mendidik insan sejagat. Ayuh kita mulakan!

( Insya-Allah, dalam kelapangan yg lain saya akan sambung lagi bicara berkaitan isu-isu ini.)



Checklist Ciri-ciri Karya Sastera (2)

disediakan oleh: Ummu Anas

Salam sejahtera semua peserta blog sastera yg budiman. Lanjutan dari perbincangan saya dengan sifu az, senarai semak yang terdahulu saya sambung lagi di sini.

Pertamanya saya mengingatkan diri saya kemudian mengajak peserta lain menumpukan perhatian kita kepada cara sifu membimbing kita berdasarkan pengalaman lebih 20 thn beliau dalam penulisan kreatif(sastera). Andainya kita patuh dan tekun mengikuti bimbingan beliau, kita akan pergi jauh ke hadapan dalam bidang penulisan kreatif. Yakinlah!

Berikut beberapa senarai semak yang sangat penting diambil perhatian:

1. Menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.


- dlm hal ini cuba sepenuhnya menggunakan perkataan2 dari perbendaharaan BM, bukan dri bahasa2 lain samaada English atau Indonesia. Di sinilah letaknya tanggungjawab kita memartabatkan BM. Sedia kita maklum sebagai penulis, secara langsung bahasa menggambarkan pribadi kita... Fikir2kanlah hal ini dengan mendalam.

2. Teliti dan bijak memetik dan mengutip ilham.

- sebagai penulis, kita perlu peka dgn perkembangan sosial terkini dan menyedari isu-isu yang menjadi tumpuan. Di sini sebagai penulis yg berwiba, kita perlu bijak bertindak memurnikan halatuju kehidupan masyarakat. Bukannya tambah mengeruhkan keadaan..., mari sama-sama kita fikirkan persoalan berkaitan hal ini.

3. Mengangkat isu perjuangan hidup dlm karya kita.

- misalnya dari susah jadi senang, dari jahat menjadi baik, dari jahil kepada bijak berilmu. Elakkan pengkaryaan yang hanya berupa satu catatan dan keluhan. Mesti angkat watak yang gigih bangun membina kecemerlangan hidup.

4. Menghindari eksploitasi ke atas wanita.

- isu ini saya kira hangat, sbb saban hari jika kita teliti, nilai2 kemuliaan wanita sering diperlekehkan...,sangat wajar kita saling berbincang serius dlm hal ini terutama di kalangan penulis lelaki n wanita, supaya kita berhati2 sepanjang mengangkat isu wanita dlm karya. Elakkan dari menindas wanita dalam karya kita...

5. Memberi tumpuan pada isu kerukunan keluarga dan keharmonian masyarakat supaya saling berkait antara satu sama lain.

- dlm hal ini, memandangkan kebanyakan punca keruntuhan moral masyarakat datang dari rumahtangga yg bermasaalah, ada baiknya kita ketengahkan penyelesaiannya dgn mencadangkan model institiusi keluarga yg teguh dan berjaya. Supaya nanti seluruh anggota masyarakat dapat membangun keluarga yang bahagia, sekaligus beransur2 menuju keharmonian sejagat.

Bagi entri checklist kali ini, saya tumpukan 5 isu ini dahulu untuk sama-sama kita upas dan bahas. Agar nanti proses pengkaryaan kita akan lebih sempurna.

***Saya ingatkan sekali lagi berkaitan isu Bahasa Malaysia, sedapatnya cuba terjemahkan dahulu perkataan asing yang kita serapkan ke dalam karya. Jika terpaksa menggunakan istilah
dari bahasa asalnya, sendengkan dan terangkan maksudnya dlm BM.

Dengan ini saya persilakan sesiapa saja dari peserta blog sastera utk memberi pandangan.
**Dipersilakan...

http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2011 13:09
No comments have been added yet.


Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.