Saprah Isnin dan Khamis

Semalam saya berbuka puasa berhampiran dengan tiang Malaysia. Ia tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia. Alahai… mereka juga membuka saprah berbuka pada setiap hari Isnin dan Khamis.


Penuh saprah dari pelbagai negara yang datang berbuka.


“Berapa kos sekali berbuka?”


“SR50 prof…”


“Mahu saya carikan mereka yang mahu menyumbang? Saya mahu ia ditambah menjadi SR100 sekali berbuka. Maksudnya, kita tambah kualiti buah tamar yang kita sediakan dan….”


Jika tuan-puan mahu turut serta bersama mereka, maka jadilah 50 khalayak pertama yang menulis  komen di bawah dengan menyatakan komitment anda. Bankin di Maybank 562106211166 RM90.


Jika anda orang yang pertama, tulis komen begini: Pertama, saya Muhd Kamil Ibrahim bersetuju menyumbang RM90 untuk majlis berbuka puasa yang dikendalikan oleh pelajar Malaysia di Masjid Nabawi kerana Allah Taala.


Jika anda orang yang kedua, tulis komen begini: Kedua, saya (tulis nama anda)  bersetuju menyumbang RM90 untuk majlis berbuka puasa yang dikendalikan oleh pelajar Malaysia di Masjid Nabawi kerana Allah Taala.


Mohon pertolongan: Patuhi arahan ini. Tidak perlu menulis apa-apa selain daripada apa yang saya nyatakan di atas di dalam ruangan komen ini. 


Wang yang dikumpulkan akan digunakan seperti berikut (Kutipan 4,500.00 MYR = 5,532.57 SAR berdasarkan kadar tukaran XE pada entri ini ditulis. Terlebih terkurang mohon dihalalkan).

1. Majlis berbuka puasa untuk sebanyak 50x dengan kadar SR100 sekali majlis

2. Baki SR532.57 (InsyaAllah saya tambah menjadi SR600 alan diserahkan sebagai hadiah kepada mereka yang mengendalikan sprah ini)


Kami memohon keampunan Allah dan moga-moga ia amal ibadat yang diterima Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2012 19:23
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.