Basikal dia semuanya sudah mengecil. Sudah tak sesuai lagi untuk kaki dia yang panjang. Tak boleh nak ditinggikan lagi tempat duduk, kerana tangan tak tercapai ke handle.
Atau, sebenarnya Hafiz sudah semakin membesar?
Ya. Si bongsu abah bakal menginjak umur 10 tahun Oktober nanti. Kejap benar masa berlalu. Tahu-tahu, tingginya sudah separas bahu abah!
Aduhai!
Bukan Hafiz saja yang semakin bertambah usia. Abang Haris pun sudah berpangkal 2 pada umurnya. Kakak Hanim sudah pun ta...
Published on April 27, 2023 17:00