Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Semakan dan Tarikh Bayaran ~ Semak Sini Info Lanjut

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) yang sebelum ini dipanggil Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada 2023.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim pada 20 Disember 2022 (Selasa) dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagi tahun 2023, Bantuan Tunai Rakyat sehingga RM2,500 akan dilaksanakan iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Apakah BTR 2023?

BRT 2023 merupakan bantuan komprehensif yang meningkat dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memberi manfaat kepada lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Ia dijenamakan semula untuk bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia.

Kategori dan Jumlah Bantuan

Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BTR 2023 (Sebelum ini BKM) yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulanRM2,500 : Lebih 5 AnakRM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

Permohonan dan Kemas Kini

Dijangkakan permohonan baharu dan kemas kini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka dalam masa terdekat.

Buat masa ini, kerajaan belum mengumumkan pautan permohonan baharu itu.

Namun begitu, rujukan awal bantuan ini boleh digunakan melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss

Pengumuman rasmi akan dimaklumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Tarikh pembayaran

Pembayaran fasa 1 akan dikeluarkan pada awal Januari dan bukannya Mac.

Siapa yang perlu membuat Permohonan BTR Baharu?

Pemohon yang perlu memohon BRT 2023 adalah seperti berikut:

Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem BKM atau yang tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas Khas COVID-19 (BKC); serta

Dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

Dengan pendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang memenuhi syarat kelayakan.

Bagaimana untuk membuat Permohonan BTR 2023?

Buat masa ini, Kerajaan masih belum memaklumkan mengenai permohonan BTR 2023 sejak ia baru diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10.

Namun, jika dilihat pada BKM 2022 sebelum ini, kaedah permohonan adalah seperti berikut;

Permohonan Online Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:

Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my;?utm_source=... atau

Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turunnya di Play Store / App Store pada telefon mudah alih

Permohonan Melalui Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

Portal Rasmi BKM LHDNM; atau

Cawangan LHDN / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN

Adakah saya perlu mengemas kini aplikasi BTR 2023 jika tiada perubahan maklumat dalam BKM 2022?

Jika semakan permohonan pada portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, anda tidak perlu mengemas kini maklumat BTR 2023. Namun, sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

 

Pembentangan Bajet 2023

Bajet 2023 adalah kesinambungan usaha kerajaan untuk memulihkan dan menstabilkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.

Tema yang dipilih untuk bajet 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Sejahtera Bersama”, dan ia berdasarkan empat (4) fokus iaitu:

Kesejahteraan RakyatKelangsungan perniagaanKemakmuran EkonomiKecekapan Perkhidmatan Kerajaan

Bajet 2023 ini amat penting untuk #KeluargaMalaysia dalam usaha kerajaan menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.

Belanjawan inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kesinambungan perniagaan dan pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman BTR 2023 ini dapat membantu memulihkan ekonomi keluarga Malaysia di bandar dan luar bandar yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dalam era pasca pandemik Covid-19.

Soalan Lazim Bantuan Tunai RakyatApakah itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

BTR merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Berapakah Bayaran BTR 2023?

RM350 hingga RM3000 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bilakah Aplikasi Baharu dibuka?

Januari 2023. Kerajaan akan maklumkan dari semasa ke semasa.

Bilakah Tarikh Pembayaran

Fasa 1 Januari 2023 dan bukannya Mac

Adakah saya perlu mengemas kini aplikasi BTR 2023 jika tiada perubahan maklumat dalam BKM 2022?

Jika semakan permohonan pada portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, anda tidak perlu mengemas kini maklumat BTR 2023. Namun, sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2022 22:03
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.