TERKINI : Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 Setahun Untuk B40 Dan M40 : Semak Senarai Dan Kelayakan Anda Disini !

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya apabila Bantuan Asas Kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada golongan B40 atau M40.

Ini adalah maklumat yang lebih jelas mengenai bantuan kewangan ini:-

Kadar Bantuan Kewangan Asas

Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam dengan jumlah RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.

Pecahan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:

Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun;Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun;

Tambang penerbangan sekali sahaja (pergi balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat kelayakan

Pemohon adalah warganegara Malaysia;

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program peringkat asas di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga daripada kumpulan B40 dan M40;

Pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti kursus menggunakan syarat kelayakan kemasukan lulus SPM atau yang setaraf dengannya;

Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga:

Bantuan BINGKAS RM300 Sebulan ~ Panduan Daftar Permohonan ~ Mohon Sini TERKINI : Bantuan Untuk Rakyat Malaysia (BOT) Berjumlah RM 500 : Semak Kelayakan Anda !Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dikreditkan Pada Januari Depan. Berikut Senarai Penerimanya ~ Semak SiniCara memohon

Dimaklumkan bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asas di bawah Kementerian Kewangan.

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon kemudiannya perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran berikut:

Surat tawaran;Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotostat);Borang penyata kewangan penjamin;Panduan mengisi borang perjanjian;Dokumen perjanjian yang lengkap hendaklah dikemukakan semasa hari pendaftaran;Tuntutan bayaran asas pelajar sedia ada akan dibuat melalui pentadbir UA masing-masing setiap semester.

Ia kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh diserahkan terus kepada KPM.

Maklumat lebih lengkap tentang bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2022 22:33
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.