Bantuan BINGKAS RM300 Sebulan ~ Panduan Daftar Permohonan ~ Mohon Sini
Bantuan BINGKAS sebanyak RM300 adalah inisiatif kewangan yang diberikan kepada golongan b40 yang memerlukan. Dalam usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan. Salah satunya ialah bantuan ini.
INSENTIF MERANGKAProgram bantuan kebajikan Selongor (BINGKAS) merupakan bantuan di bawah kerajaan negeri Selongor yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya. Berita baik untuk rakyat baru-baru ini menerusi mesyuarat bajet negeri Selangor 2023, kerajaan bersetuju meneruskan bantuan khas ini bagi membantu meringankan perbelanjaan keperluan harian pada setiap bulan.
Mohon juga : TERKINI : Bantuan Untuk Rakyat Malaysia (BOT) Berjumlah RM 500
Semak juga : BKM Tambahan RM500 : Semak Kategori Yang Layak ~ Semak Sini !
Baca juga : Senarai Inisiatif Bantuan Belanjawan Negeri Selangor 2023 ~ Bantuan Yang Boleh Dimohon Rakyat
Untuk makluman, peruntukan bantuan ini adalah sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan dan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 keluarga yang layak. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata demikian ketika membentangkan bajet Selangor 2023.
SYARAT KELAYAKANDi bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon bantuan BINGKAS ini seperti berikut:
Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahajaAhli keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahunPendapatan bulanan semasa di bawah RM 3,000 sebulanMenetap di negeri Selangor lebih 10 tahunDilahirkan di negeri SelangorPengundi berdaftar di negeri Selangor.KADAR BANTUANUntuk makluman, kadar bantuan khas ini telah diumumkan sebanyak RM 300 sebulan. Bantuan itu boleh digunakan di pasar raya dan kedai runcit berdaftar. Salah satu tujuan bantuan berterusan ini adalah untuk memupuk budaya transaksi pembelian tanpa tunai (Cashless). Bagi penerima bantuan ini, setiap bulan akan dikreditkan secara automatik.
PANDUAN PENDAFTARAN PERMOHONANJika anda ingin mendapatkan bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan, anda boleh mendaftar permohonan secara online dengan mudah. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI
Untuk memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu menyertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
Salinan kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan tanggungan ahli keluarga atau mykid anakSalinan sijil kematian/perceraian/laporan polis bagi kategori ibu bapa tunggalSalinan slip gaji atau pencen terkini penjawat awam dan pesaraPengesahan penyata pendapatan daripada ketua komuniti bagi kategori bekerja sendiriMAKLUMAT LANJUTSelain bantuan BINGKAS ini, terdapat lebih banyak bantuan inisiatif terutamanya bantuan kewangan yang disediakan untuk golongan yang memerlukan. Semak senarai bantuan – KLIK DI SINI untuk rujukan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
