PRU 15 : Tarikh Penting & Cara Semak Tempat Mengundi
Tumpuan negara hari ini tampaknya semua sedang beralih kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sebanyak 27 parti bakal bertanding mewakili 5 gabungan yang mana termasuk beberapa parti baru akan memberi saingan hebat pada PRU15 nanti. Tarikah 19 November 2022, hanya sekitar beberap hari dari sekarang akan menjadi tarikh keramat pengundiaan bagi pilihan raya kali ini.
Tarikh Penting PRU 15Sebagai rakyat marhaen yang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi setiap 5 tahun sekali, kita mestilah peka kepada tarikh dan masa yang telah diberitahu dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan dengan informasi penting PRU15. Berikut ini adalah tarikh yang telah ditetapkan:
Peristiwa pentingTarikh / HariIndividu yang terlibatLokasi/tempatTarikh keluar writ20 Oktober 2022 SPR Malaysia–Penamaan calon5 November 2022 (Sabtu) dari 9 pagi – 10 pagiCalon PRU di seluruh negeriPejabat Daerah, Majis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai, Bangunan sekolah, atau mana-mana tempat yang sesuai menurut SPR. Tempoh berkempen (14 hari)5 November 2022 (11.59 malam) – 18 November (Jumaat)Calon PRU–Hari mengundi awal 15 November 2022 (Selasa)Anggota tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan AM (PGA) dan pasanganPusat mengundiHari pengundian19 November 2022 (Sabtu)Semua rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atasPusat mengundi10 Proses Pilihanraya Menurut SPR
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa banyak proses lain yang berlaku sebelum negara Malaysia melangsungkan PRU termasuklah PRU15 kali ini. Berikut adalah proses yang biasanya akan berlaku sebelum PRU.
Parlimen dibubarkanProses pertama yang akan terjadi sebelum PRU adalah Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-PerTuan Agong akan membubarkan Parlimen iaitu Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Bagi pilihan raya kali ini, kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri iaitu sebagai Kerajaan Sementara yang mempunyai kuasa sementara dan terhad untuk menjalankan tugas-tugas secara interim telah mengumumkan pembubaran parlimen ke-14 seminggu selepas Bajet 2023 diumumkan.
SPR menerima maklumat rasmi daripada speakerSPR diberikan masa selama 60 hari untuk menguruskan dan membuat persiapan bagi melangsungkan pilihan raya. Ini termasuklah tempoh tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari untuk pemakluman rasmi oleh speaker berkenaan dengan pembubaran tersebut.
Apabila pemakluman rasmi dinyatakan, barulah ahli SPR akan mengadalan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang sesuai.
Mesyuarat khas oleh SPRMesyuarat SPR akan berlangsung untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang PRU15 seperti:
Tarikh Hari Penamaan CalonTarikh Hari Undi AwalTarikh BerkempenTarikh Hari Mengundi PRU15 Penerimaan writ daripada oleh pegawai pengurus daripada SPRSPR mesti melantik Pegawai Pengurus di setiap bahagian pilihan raya. Dalam masa yang sama SPR juga bertanggungjawab mengeluarkan writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya dan notis bagi tarikh penamaan calon dan tarikh rasmi hari pengundian termasuklah:
Kempen pilihan rayaHari pengundianKeputusan pilihan rayaWrit yang dimaksudkan ini adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR untuk Pegawai Pengurus melaksanakan PRU atau pilihan raya kecil jika ada kekosongan pada bahagian tersebut.
Notis dikeluarkan oleh Pegawai PengurusPegawai Pengurus akan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada orang ramai mengenai kekosongan Dewan Rakyat/Dun untuk memulakan penamaan calon bagi mengisi kerusi itu.
Hari penamaan calon berlangsungPenamaan calon hanya akan berlangsung selama sehari di mana calon hadir dan menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus.
BerkempenSelepas penamaan calon, maka bermulalah kempen selama 10 – 14 hari. Masa akhirnya yang ditetapkan adalah pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.
Pengundian awalGolongan seperti Polis, Tentera dan pasangan, PGA dan pasangan akan dibenarkan untuk membuat undi awal iaitu 3 hari sebelum tarikh hari mengundi.
Hari pengundian berlangsungRakyat Malaysia akan keluar untuk mengundi di saluran pengundiaan masing-masing yang telah ditetapkan.
Pengiraan jumlah undi dan keputusan rasmi diumumkanPegawai Pengurus di setiap bahagian pilihan raya akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos. Kemudian, pengistiharaan keputusan rasmi akan diumumkan.
Parti yang memperoleh undi majoriti mudah atau 2/3 akan membentuk satu kerajaan baru yang akan mentadbir Malaysia.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Mengundi?Khusus bagi mereka yang pertama kali mengundi, ini adalah perkara yang perlu anda siapkan sebelum keluar menjalankan tanggungjawan sebagai pengundi.
Semak status pendaftaran undiBawa dokumen kad pengenalan, atau salah satu dari dokumen seperti pasport antarabangsa, resit kad pengenalan sementara bergambar, resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, lesen memandu bergambar, atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.Tunjukkan dokumen pengenalan diriTunjukkan slip nombor saluran tempat mengundiCelup dakwat kekalDapatkan kertas undiBuang undiSelesaiCara Buat Semakan Tempat MengundiUntuk menyemak daftar pemilih, anda boleh semak menggunakan aplikasi MySPR atau di laman web rasmi SPR. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1: Layari https://mysprsemak.spr.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
Langkah 2: Klik pada pilihan “Semakan Daftar Pemilih”
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan / nombor perkhidmatan (Tentara Polis)
Langkah 4: Masukkan kod keselamatan CAPTCHA
Langkh 5: Klik “Semak”
Langkah 6: Paparan maklumat peribadi pemilih dan maklumat pengundian akan dikeluarkan. Anda disarankan rancang perjalanan dan masa dengan baik. Pastikan keluar awal untuk mengundi.
Diharapkan artikel berkenaan dengan tarikh-tarikh penting PRU15 ini dapat memberikan anda di luar sana sedikit informasi yang berguna dan bermanfaat sebagai seorang pengundi. Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan memilih yang terbaik untuk kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Jalankan tanggungjawab kita!
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
