Sabah Dan JDT Bawa Bekalan!

Sabah perlu mencari jalan penyelesaian di bahagian serangan seberapa segera selepas membawa pulang kemenangan tipis 1-0 ketika berdepan Kuching City, malam tadi.

Gol tunggal pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia itu disumbangkan oleh tolakan bola muntah ketua pasukan Sang Badak, Baddrol Bakhtiar, pada minit ke-69.

Pelawat memiliki beberapa awal menarik pada awal babak pertembungan di di Stadium Negeri itu termasuk tolakan liar Azhad Harraz Arman tatkala pintu gol sudah terbentang luas.

Sila Baca Disini : Harimau Melaka Nama Baharu!

Sabah Dan JDT Bawa Bekalan!

Tetapi anak buah Irfan Bakti Abu Salim turut mencipta ruang cuma usaha mereka dibantutkan oleh corak serangannya.

Sementara itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati statusnya sebagai juara Liga Super dengan membenam Kelantan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV meskipun kehilangan Afiq Fazail dalam separuh masa kedua.

Tuan rumah selaku juara 2012 cuba memberikan saingan sengit pada awal permainan untuk permainan seimbang setakat minit ke-29.

Tetapi kedudukan itu tidak mampu dipertahankan lagi sebaik gawang mereka dirobek Bergson da Silva dan berselang lapan minit, Syafiq Ahmad menanduk masuk hantaran Afiq untuk gol kedua perlawanan.

Leandro Velazquez kemudian memanfaatkan kawalan longgar di dalam kotak penalti untuk jaringan ketiga pada minit ke-74 sebelum mendapati tempang tempang tanpa seorang pemain akibat insiden kad merah Afiq, dua minit selepas itu.

Pergeseran antara pemain sedikit mengeruhkan suasana perlawanan dan pengadil, Zulkarnian Zakaria, mengarahkan Jasmir Mehat keluar padang atas kad merahnya biarpun wisel penamat sudah ditiupkan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2022 23:17
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.