Program Bantuan Makanan MyKasih: Bantuan Makanan RM100 Selama 3 Bulan
Program Bantuan Makanan MyKasih: Bantuan Makanan RM100 untuk 3 Bulan
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan Prihatin Kasih iaitu inisiatif tanpa tunai (Sistem MyKasih) yang menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.
Untuk makluman, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta ringgit melalui Bantuan Tanpa Tunai yang diberikan kepada hampir 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.
Penerima bantuan ini akan menerima elaun RM100 selama 3 bulan. Elaun tersebut akan dikreditkan terus ke akaun MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas harian mereka.
MyKasih Foundation
Pertubuhan ini merupakan NGO tempatan yang ditubuhkan pada 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isteri Puan Sri Jean dengan misi membantu keluarga dan pelajar miskin.
Yayasan MyKasih disokong penuh oleh Penderma Korporat serta individu, yang yakin seratus peratus sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang disasarkan secara selamat, cekap dan telus.
Bagaimana Dilaksanakan?Apabila keluarga yang dipilih diluluskan oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih penerima bantuan ini di kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan tanpa tunai.
Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh apabila menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit terpilih dalam program itu.
MyKasih mempunyai lebih 250 rakan kongsi runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya bebas dan pasar mini.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mee, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Cara Daftar Program Bantuan Makanan
Penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk laman web di pautan berikut: www.jkm.gov.my?utm_source=rss&utm...
Cara Semak Kelayakan Program Bantuan Makanan
Semakan bantuan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1) Semakan Melalui SMS:
Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.
Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi;
http://www.mykasih.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rssTalian Hotline MyKasih 03-77201800info@mykasih.comMohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
