Benzema Julang Ballon d’Or!

Karim Benzema dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or buat kali pertama dalam satu majlis di Theatre du Chatelet, Paris awal pagi kelmarin.


Kapten Real Madrid itu merupakan calon pilihan untuk memenangi anugerah utama berkenaan selepas membantu pasukan gergasi Sepanyol itu menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu.

Menjelang Piala Dunia Qatar bulan depan, perubahan format menyaksikan Anugerah Ballon d’Or kali ini dinilai berdasarkan prestasi semusim berbanding secara kalendar setahun seperti sebelum ini.

Sila Baca Disini : Real Madrid Tewaskan Barcelona!

Benzema Julang Ballon d’Or!

Pemain kebangsaan Perancis, Benzema, sedari awal dijangka akan menjadi calon pilihan untuk memenangi edisi kali ini selepas dia meledakkan 44 gol daripada 46 perlawanan dan menjulang trofi Eropah buat kali kelima sepanjang kariernya musim lalu.


Walaupun rekod jaringannya itu diatasi Robert Leandowski (50) iaitu bekas pemain Bayern Munich yang kini bersama Barcelona dengan 10 daripada gol yang dijaringkan Benzema dihasilkan dalam pusingan kalah mati UCL, sekali gus menyamai rekod terbanyak semusim yang dilakukan Cristiano Ronaldo.

Ditambah dengan 15 bantuan jaringan, Benzema telah terlibat dengan 59 gol sepanjang musim lalu dan hanya Kylian Mbappe mempunyai rekod lebih baik dengan 60 penglibatan (39 gol dan 21 bantuan jaringan).

Benzema telah dicalonkan dalam Anugerah Ballon d’Or dalam 10 edisi terdahulu tetapi hanya dapat menembusi kelompok 10 terbaik buat kali pertama tahun lalu, di mana beliau menamatkan saingan di tempat keempat sewaktu Lionel Messi yang tidak dicalonkan musim ini telah meraih anugerah ketujuhnya.

Karim Benzema berkata bahawa impiannya sejak dari kecil sudah tertunai sebaik dinobatkan sebagai pemenang.


“Melihat anugerah ini di depan saya membuatkan saya berasa amat berbangga dengan segala usaha yang telah saya lakukan.

“Ia merupakan impian sejak kecil, untuk mendapatkan motivasi ini. Saya memiliki dua suri teladan, Zidane dan Ronaldo (legenda Brazil) dan saya sentiasa memiliki impian ini dalam fikiran saya bahawa tiada apa yang mustahil.

“Terdapat waktu yang sukar di mana saya tiada dalam pasukan Perancis tetapi saya tidak pernah mengalah dan berhenti berusaha keras.

“Saya benar-benar berbangga dengan perjalanan saya. Ia bukan mudah, ia amat sukar. Untuk kali pertama berada di sini, saya amat gembira, saya puas dengan usaha saya dan mahu meneruskannya.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan sepasukan saya di Real Madrid dan Perancis, dan kepada jurulatih saya dan presiden Real Madrid yang berada di sini hari ini, juga atas sokongan Jean Michel-Aulas (presiden Lyon).

“Terdepat ramai orang yang saya mahu berterima kasih. Ini merupakan anugerah individu tetapi ia masih kolektif kerana setiap orang memainkan peranan mereka,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2022 21:02
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.