‘Masalah Dengan Orang Yang Berfikiran Tertutup Ialah Mulut Mereka Sentiasa Terbuka’ – Isteri Caprice

Kecoh di media sosial apabila seorang Pencetus Ummah (PU) meminta Caprice menjaga aurat isterinya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan lain.

Artikel berkaitan: PU Syed ‘Pilih’ Prebet Isteri, Caprice Berang Beri Masa 24 Jam Minta Maaf – ‘Jangan Biar Saya Bongkar Rahsia!’

Terbaru, isteri Caprice, Farra Inalis dilihat memuat naik posting di Instagram yang didakwa berunsur sindiran.

Untuk siapa?

Menerusi posting itu, Farra menyatakan orang yang berfikiran tertutup biasanya akan bercakap ‘lebih’ tentang individu lain. Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah ayat ‘mulut sentiasa terbuka’ yang ditulisnya.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa posting Farra mempunyai maksud tersirat untuk disampaikan. Malah ada yang mendakwa Farra mahu menghantar pos tersebut kepada PU yang bercakap mengenainya. Farra turut meletakkan emoji ‘sedih’ di Instagram Storynya.

Terdahulu, Caprice berjaya mendapat sokongan daripada netizen kerana berani mendedahkan perbualan seorang remaja lelaki yang didakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pendakwah bebas.

Sumber: Farra Inalis

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 21:54
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.