Jemputan makan
Lebih 10 jemputan makan dan 25 kuliah, tazkirah atau ceramah - InsyaAllah - akan saya hadiri sepanjang hampir 50 hari bercuti musim panas di Malaysia.
Jika perjalanan dihitung maka kami akan mengembara dari Madinah – Jeddah – Shah Alam – Labuan – Shah Alam - Melaka – Segamat – Dungun – Kuala Terengganu – Besut – Machang – Kota Bharu – Cameron Highland – Kuala Lumpur – Shah Alam – Jeddah – Madinah.
Kami sebenarnya bercuti. Hampir setiap persinggahan – minus Cameron Highland - akan disertai dengan majlis ilmu. Itulah yang telah saya amalkan sebelum meninggalkan Malaysia pada September, 2011.
Banyak aktiviti lain yang telah kami rancang buat keluarga Khalid dan anak-anak sendiri. Kami dijangka melihat pantai, air terjun, gunung, ladang, kebun, makanan, budaya dan pelbagai kegembiraan kanak-kanak dan remaja yang menjadi tumpuan utama.
Alahai, setiap kali bertemu, mereka akan berbincang tentang keseronokan yang bakal mereka tempuhi di Malaysia.
Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menjadi hos makan-makan. Saya fikir tetamu yang saya bawa dari Madinah pastinya teruja dengan pelbagai pengalaman makanan yang akan mereka tempuh, InsyaAllah.
Senarai panjang yang kami rancang bermula dengan Restoran Muhibah di TTDI, Serai di Shah Alam, Ikan Bakar Paresmeswara di Melaka, Nasi Ayam Gemas di Segamat, Ketupat Sotong Junita di Kemaman, Fish and Chips Dungun, Nasi Dagang di Besut, Nasi Padang di Kota Bharu…. dan sayur-sayuran di Cameron Highland – mudah-mudahan – akan meninggalkan kenangan yang terpahat di hati.
Tentu sekali ia tidak termasuk "makan-makan" di rumah rakan-rakan yang mahu meraikan kami sekeluarga dan berkenalan dengan keluarga Sheikh Khalid.
Malah, kami berpeluang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di antara hari-hari tersebut.
Kesemuanya sudah berjadual. Malah jadual puasa sunat juga perlu diatur mengambil kira hari-hari perjalanan yang dimakruhkan berpuasa.
Allahu Akbar… kami sangat teruja menunggu 14 Jun.
Jemputan Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku
Jika rakan-rakan sudi, jemputlah ke majlis di atas. Jika buku tidak siap, saya akan sampaikan tazkirah (he… he…). Imran PTS sudah brjanji yang Travelog Kehidupan: Kedewasaan akan masuk kilang cetak pada minggu hadapan.
Bukan Sekadar Resepi dan Bersyukur ketika diuji juga "seolah-olah" akan siap. VCD Motivasi Haji, khabarnya sudah OK sepenuhnya.
Jika mahu hadir, e-mel pada saya dengan menyatakan nombor telefon dan bilangan mereka yang dijangka hadir. Mohon e-mel ke alamat berikut:
Tolong saya dalam soal ini!
Aturcara majlis seperti berikut:
MAJLIS KESYUKURAN
Muhd Kamil Ibrahim dan Keluarga
14hb Julai 2012
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Hotel UiTM Shah Alam
08.50 Ketibaan jemputan
09.00 Bacaan al-Quran
09.15 Jamuan Pagi
09.30 Tazkirah "Khabar dari Madinah"
10.00 Pelancaran buku
1. Bukan Sekadar Resepi
2. Travelog Kehidupan: Kedewasaan
3. Bersyukur bila diuji
4. VCD Motivasi Haji
Pelancar dan tetamu istimewa: Prof. Dr Hatta Azad Khan
10.30 Sesi pertemuan dan tanda tangan buku serta VCD
12.00 Majlis tamat
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
