Terdapat sebuah kenderaan replika iaitu kereta stunt Aston Martin DB5 dari filem terbaharu telah pun dilelong dengan harga yang paling gila. Filem James Bond terbaharu, No Time To Die telah menampilkan kereta stunt replika iaitu DB5 bersama Aston Martin V8 1981 dan Aston Martin DBS Superleggera 007 Edition.
Sumber: google image
Namun,ketiga-tiganya telah pun dilelong untuk tujuan amal yang telah mengumpulkan lebih £3.5 juta secara kolektif. Kereta aksi DB5 sahaja mengutip £2,922,000 manakala V8 dan DBS Superleggera masing-masing berjaya mengutip £630,000 dan £403,200.
Sumber: google image
Disamping itu, Kereta stunt replika Aston Martin DB5 telah pun disumbangkan oleh Aston Martin Lagonda, yang telah membinanya dengan secara eksklusif untuk filem itu. Ia mempunyai plat nombor digital berputar, lampu depan yang boleh dimasuk ke dalam, mesingan pop-up dan prop penembak bom.
Published on October 10, 2022 21:01