James Maddison Semakin Bersinar!

Leicester City memastikan kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan satu lagu pasukan kelompok terbawah, Nottingham Forest, 4-0 di Stadium King Power awal pagi kelmarin.

Keputusan itu sudah pasti menambahkan tekanan yang sedang dihadapi pengurus Forest, Steve Cooper.

Walaupun kelab memenuhi kehendak beliau dengan membeli ramai pemain, Forest masih mempamerkan aksi yang tidak konsisten.

Sila Baca Disini : Format TM Piala Malaysia 2022!

James Maddison Semakin Bersinar!

James Madddison menjaringkan dua gol dan membantu satu lagi jaringan yang disempurnakan pemain gantian, Patson Daka, sambil sepakan lencong Harvey Barnes yang menerjahkan gawang turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan pertama pasukan seliaan Brendan Rodgers itu sejak Disember lalu.

Leicester seterusnya akan berpeluang mengekalkan momentum kemenangan mereka apabila bertandang ke laman Bournemouth pada Sabtu ini.

Forest pula bakal menantikan kunjungan Aston Villa tiga hari hari kemudian.

Selepas perlawanan itu, temu bual bersama pengurus Leicester City, Brendan Rodgers telah menggesa Gareth Southgate agar menyenaraikan Maddison ke skuad England.

Piala Dunia Qatar bakal dilangsungkan bulan hadapan namun England masih lagi bergelut untuk mendapatkan momentum dalam pasukan yang mampu bersaing dengan negara lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2022 20:48
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.