Alexander Arnold Pemain Biasa?
Cara Trent Alexander Arnold bertahan dianggap sangat teruk dan hanya layak untuk beraksi di pentas saingan Championship sahaja.
Bekas pemain pertahanan Chelsea, Frank Leboeuf tampil menghentam Trent Alexander Arnold dan menganggap pemain full back Liverpool itu hanya bertaraf Championship sahaja.
Arnold mula menyertai skuad utama Liverpool ketika di usia 18 tahun dan beliau pada ketika ini sudah membuat 235 penampilan bersama gergasi Merseyside itu.
Sila Baca Disini : Hanya Melaka United Diketepikan Piala Malaysia 2022!
Alexander Arnold Pemain Biasa?Sepanjang kariernya bersama The Reds, Trent Alexander Arnold telah berjaya membantu Liverpool untuk menjuarai gelaran Premier League pertama mereka selepas 30 tahun.
Beliau juga turut memainkan peranan penting ketika membantu Liverpool menjuarai saingan Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.
Pemain berusia 23 tahun itu menerima pujian yang menggunung atas kemampuan dan kualiti hantaran yang miliki.
Beliau jelas sekali sangat berfungsi ketika membantu jentera serangan Liverpool melancarkan serangan dan hal itu sangat sukar untuk dinafikan.
Trent Alexander Arnold setakat ini sudah berjaya mencatatkan 62 assists dari semua pertandingan sejak dari awal debutnya pada tahun 2016 yang lalu.
Walau bagaimanapun, ramai juga yang mempersoalkan tentang cara bagaimana beliau bertahan dan menganggap Trent sangat lemah dalam hal tersebut.
Positioning dan keupayaan beliau berdepan pemain dari bahagian sayap diragui dan ramai percaya beliau antara kelemahan utama barisan pertahanan Liverpool.
Kritikan itu boleh dikatakan dipersetujui oleh ramai pihak dengan Trent Alexander Arnold turut dipersalahkan sebagai punca mengapa Liverpool kerap bolos dan mencatatkan keputusan yang mengecewakan musim ini.
Lebouef antara yang paling lantang dalam mengkritik Trent Alexander Arnold baru-baru ini dengan beliau menyatakan bahawa:
“Lihat pada Trent Alexander Arnold. Saya menyukai beliau dengan kualiti serangan. Tapi dari segi bertahan, beliau sekadar bertaraf saingan Liga Kejuaaran sahaja.
“Hanya sistem Jurgen Klopp sahaja yang berkesan untuk beliau. Ketika ia tak berfungsi dengan baik seperti setakat ini, apa yang kamu nampak adalah kelemahan beliau ketika bertahan.
“Saya mahu bawa Arnold bersama saya dan berusaha belajar perkara asas. Saya akan kata kepada beliau, ‘Tundukkan kepala kamu dan lihat belakang kamu, itu sudah boleh membuatkan kamu semakin bagus.”
Walaupun kritikan Lebouef boleh diterima pakai kerana ramai yang bersetuju tentang hal tersebut, namun untuk menganggap Trent Alexander Arnold sekadar bertaraf Championship mungkin ia agak keterlaluan.
Selain menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp, Trent Alexander Arnold juga turut menjadi antara pemain yang paling diharapkan dalam skuad England.
Beliau merupakan antara nadi penting yang sangat diharapkan akan mampu membantu England untuk mencatatkan keputusan yang positif di pentas Piala Dunia Qatar nanti.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
