Kerajaan Selangor Tawar Program Menyewa Sambil Membeli Rumah

Berita baik untuk rakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana, kini boleh menyewa dan memiliki rumah di Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu skim Smart Sewa Selangor yang menawarkan sewaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.

Tujuannya untuk membolehkan golongan rendah dan sederhana di Selangor mampu memiliki rumah sendiri melalui Smart Sewa Selangor ini.

Baca juga:

Bantuan Geran RISDA Untuk Keluarga Pekebun KecilePengeluaran KWSP Untuk Tujuan PeribadiKadar Sewaan:

Berikut adalah tempoh penyewaan Smart Sewa Selangor:

Minimum: 2 tahun.Maksimum: 5 tahun.

Deposit penyewaan: Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah warganegara Malaysia termasuk pasangan.Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.Pendapatan seisi keluarga pemohon mestilah:
– Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
– Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.Pemohon atau suami atau isteri tinggal atau mestilah bekerja di Negeri Selangor.Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa yang dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.Pemohon mestilah pengundi di Negeri Selangor.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat turun borang permohonan.

Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 3: Sertakan dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan ke alamat:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

atau emel ke smartsewa@phssb.com.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

1 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.1 Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai.1 Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak.1 Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak).3 Penyata Gaji 3 bulan terkini.1 Salinan KWSP.1 Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini.1 Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah.1 Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan.1 Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan.1 Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang.1 Salinan Daftar Undi.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian berikut:

Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976Cik Rosha : 017-9777204Pn Fatehah: 017-9387537Pn Ros : 017-4163990En Fawie : 011-13020487En Afizie : 019-4406828
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 09:50
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.