[RASMI] Bayaran Duit Bkm Dah Masuk Untuk Fasa 3
Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri pada 16 September, beliau memaklumkan pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat untuk semua kategori.
Bayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada dalam kategori isi rumah, warga emas bujang/bujang dan belum berkahwin serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada akan menerima sehingga RM900. Lebih 80,000 penerima telah meluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun lalu.
Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah diagihkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat pembayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan diagihkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.
Semakan BKM Secara OnlineSemakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan berikut;
https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
Untuk membuat semakan status kelulusan bantuan ini, caranya adalah sebagaimana berikut;
Sila ikuti langkah semakan di bawah;
Layari https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rssKlik pada butang log masuk BKM (sebagaimana dalam gambar di atas)Masukkan Nombor MyKad dan tekan semakPastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan yaMasukkan kata laluan dan tekan log masukKlik pada butang semakan status bagi melihat kelulusan status andaPemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;Nombor Pengenalan Akaun dikreditNama PenerimaFasa PembayaranJumlah dikreditStatus KreditNama BankNombor Akaun Bank
Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang mendaftar menggunakan akaun bank BSN akan menerima bantuan terlebih dahulu kerana BSN merupakan bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.
Ini diikuti secara beransur-ansur oleh beberapa bank lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.
Bagi penerima BSN, tarikh jangkaan ialah 20 September (Selasa). Namun, ia juga berkemungkinan masuk sehari lebih awal (sekadar jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan untuk bank lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh LoginSekiranya anda juga terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnyaKata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaanSemak e-mel dan log masuk semula MyBKMMasukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuatPemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Semak juga BANTUAN : Pendapatan bawah RM5,000: Jangan lepaskan peluang memohon Bantuan IKPP RM250 ‘one-off’
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
