Selangor Sudah Ada Calon Jurulatih!

Jurulatih tempatan atau luar negara? Kerusi panas ketua jurulatih Selangor untuk musim depan menjadi rebutan apabila beberapa calon disahkan sudah disenarai pendek.

Tatkala Nidzam Jamil mula membuktikan kemampuan untuk membimbing pasukan secara tetap, calon lain juga tampak menghadirkan kesukaran kepada pengurusan kelab itu dalam membuat keputusan.

Bekas jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, antara nama besar yang dikaitkan ke Lembah Klang selepas kelab itu tidak mengekalkan Michael Feichtenbeiner selaku ketua jurulatih.

Sila Baca Disini : Ronaldo Akhirnya Jaringkan Gol Pertama!

Selangor Sudah Ada Calon Jurulatih!

Melantik Nidzam sebagai pemangku jurulatih, Selangor dikatakan mempunyai calon berprofil tinggi membabitkan pengendali tempatan dan import.

Identiti individu berkenaan belum dapat dikenal pasti tetapi mereka dikatakan memiliki pencapaian dalam Liga Malaysia (Liga-M).

“Ia keputusan yang perlu dipertimbangkan sewajarnya memandangkan kami masih ada perlawanan yang perlu dihabiskan musim ini di dalam liga dan Piala Malaysia.

“Bagaimanapun, jawatankuasa terlibat sedang teliti nama-nama yang telah disenaraikan pendek bagi memenuhi pihak pengurusan penyokong Selangor secara amnya.

“Kami berharap berjaya menemui seorang ketua jurulatih ke arah yang lebih baik dan ke arah sasaran yang ditetapkan setiap tahun,” kata pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.

Selain jurulatih, mereka juga hangat dengan perkhabaran perpindahan pemain dan rumor juga terkait nama pemain bintang.

Antara nama yang dikaitkan musim depan ialah duo pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Khuzaimi Piee.

“Pemain tersebut masih ada kontrak dengan pasukan mereka, jadi kami harus hormati kontrak yang masih berjalan.

“Kami perlu ketepikan khabar angin terlebih dahulu. Yang penting kami perlu hadapi Kedah kerana penting untuk kami perbaiki mata dan menaikkan tahap keyakinan kepada pemain,” katanya lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2022 03:50
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.