Sakinah Buat Keputusan Mengejutkan Selepas Hampir Setahun Berkahwin Dengan Lelaki Sweden
Sharifah Sakinah yang kini berulang alik ke Sweden setelah berkahwin dengan lelaki Sweden, Michael Hansen mengakui dirinnya dan suami belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata.
Malah berasa senang dan tidak tertekan dengan sikap mertua dan keluarga suaminya yang tidak pernah bertanya atau memaksa dirinya hamil untuk menimang cucu.
“Orang di sana tak macam orang kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada tanya semua itu. Mereka macam biasa saja. Kadang-kadang bercakap pun tidak,” katanya.
Dia juga mengatakan dirinya lebih selesa berdua dengan suaminya sahaja dan merasakan umurnya dan suami tidak sesuai mempunyai anak kecil.
“Secara logiknya tak ada perancangan lagi untuk anak baru. Sebab saya ini jenis suka berada dengan suami. Kalau saya mengandung saya nak anak dan suami sentiasa ada dekat saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya,” terangnya.
“Saya membuat keputusan tak merancang untuk mengandung lagi. Suami pun dah tua, maksudnya kalau umur dah 40 tahun ke atas tak nak anak masih kecil.”
Dia yang sudah mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu juga mengatakan bahawa dirinya mahukan kehidupan yang tenang dan tidak mahu memikirkan perkara yang boleh menyebabkan tekanan kepadanya.
“Secara asasnya adalah diri sendiri. Saya tahu tanggungjawab saya dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Jadi, saya rasa ketenangan itu datang dari situ. Saya tak nak tenaga habis disebabkan bergaduh saja.”
“Saya rasa perlu menikmati masa sekarang ini dan kurangkan fikir masa depan dan masa lalu. Saya dah penat. Walaupun saya ‘drama’, tapi dalam kepala saya tak pun sebenarnya. ”
Lari Dari NetizenDia juga sempat menepis dakwaan bahawa dirinya tinggal di Sweden demi menjauhi netizen Malaysia yang sering mencemuh dan mengeji dirinya sejak dari awal penampilannya.
Malah mengakui dirinya tidak mempunyai masalah dengan netizen kerana ianya lumrah sebagai artis dan orang ternama kerana sentiasa menjadi perhatian orang ramai dan media.
“Kalau nak tenang di mana-mana pun boleh cuma kalau nak lari daripada orang Malaysia, media sosial itu tetap ada. Di sini pun tak ada orang ‘serang’ saya, kawan-kawan wartawan tanya perkara yang baik.”
“Kalau kamu rasa netizen memberi masalah dalam hidup, jangan main media sosial. Bagi saya netizen tak beri langsung perkara itu. Kadang-kadang saya baca komen yang melampau, tapi itu adalah risiko kita, kalau tak nak jangan ‘post’,” katanya lagi.
Sakinah yang begitu minat dalam lakonan kini masih aktif berlakon dan akan pulang ke tanah air jika mendapat tawaran lakonan daripada mana- mana produksi filem atau drama.
“Alhamdulillah masih ada orang yang tawarkan untuk berlakon. Saya masih ambil tawaran itu sebab ada perkara yang perlu dibayar dan minat saya masih untuk berlakon.”
BACA : Netizen Tegur Yuna Kerana Dilihat Memeluk Erat Afgan
Sakinah juga sedang sibuk menjadi coach untuk mengajar pelbagai senaman secara dalam talian secara aktif dan sudah mempunyai ramai pengikut bagi program kurusnya itu.
Kini lebih sihat selepas menjalani rawatan kerana sering menghabiskan masa bersama orang tersayang kerana kurang berlakon dan mengakui dirinya sudah kurang mengambil ubat – ubatan .
Malah merasa lebih seronak dan banyak beriadah sehingga dirinya merasa sihat dan tenang serta fokus terhadap perkerjaan yang sedang dilakukan tanpa tekanan.
“Saya rasa macam biasa dan sekarang ini menjalani rawatan yang akan menguatkan saya punya fokus lagi. Di situ juga saya kurang mengambil ubat sebab tak ada penggambaran. Jadi, masa itu buah pinggang saya dapat rehat dan ia seronok.”
“Bila bangun pagi saja saya akan jogging sebab saya tak perlu pergi bekerja dan perlukan daya fokus yang sangat tinggi hanya duduk, makan dan bersenam. ”
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
