Bantuan RM100 Untuk Warga Emas SMUE 2.0
Untuk makluman penerima dan pemohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0, skim ini telahpun ditambahbaik.
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)SMUE diwujudkan pada tahun 2009 bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.
Manfaat SMUEBermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat di bawah program ini.
1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)Kategori KelayakanPermohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:Kategori Warga Emas(60 tahun dan ke atas)Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)Permohonan boleh dibuat sama ada:Semasa hidupSelepas kematianDidaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)Kematian bermula (1 Januari 2021)Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematianSyarat Kelayakan
A) Kategori Warga Emas
Warganegara Malaysia; DANBerumur 60 tahun dan ke atas; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANLahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DANB) Kategori OKU
Warganegara Malaysia; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANTiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.Cara PermohonanPermohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di >> https://e-mesra.yawas.my/index.php?utm_source=rss&utm_medium=rssBagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuatSetiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaatPermohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAUPejabat YAWASMuat turun borang permohonan >> https://e-mesra.yawas.my/borang.php?utm_source=rss&utm_medium=rssSemakan AhliAhli yang telah mendaftar boleh membuat semakan secara online di pautan ini: http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php?utm_source=rss&utm_medium=rss
Maklumat LanjutTalian YAWAS: 03 5481 8800E-mel: pertanyaan.yawas@gmail.comLayari laman sesawang e-mesra.yawas.my untuk maklumat lanjut.
Published on September 11, 2022 18:47
No comments have been added yet.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
