Stok Simpanan Pelitup Muka Dianggarkan Hampir 20,000 Keping

Peniaga dan pemborong pelitup muka mulai bimbang bakal berdepan kerugian selepas kerajaan mengumumkan status pemakaian pelitup muka di negara ini.

Menurut salah seorang peniaga, Anwar Arif, dia mungkin terpaksa menjual baki pelitup muka pada harga separuh jika kerajaan memansuhkan pemakaiannya.

Baca juga:

Pemulihan Ekonomi Kukuh, GST Belum Perlu Diperkenalkan SemulaKKM Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Kanak-Kanak

Selain itu, para meniaga mempunyai stok pelitup muka yang masih dalam simpanan dianggarkan 20,000 keping setakat ini.

Menurut Anwar Arif juga, sejak kelonggaran diberikan kerajaan, jualan pelitup muka juga merosot sehingga 50 peratus.

Katanya lagi, kini dia sedang memikirkan perniagaan lain bagi menjana pendapatan selepas penjualan pelitup muka merosot.

Menurut Anwar Arif lagi, dia mula berniaga sejak Jun 2020 dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana ia menjadi keperluan wajib rakyat.

Namun kini perniagaan sudah semakin merosot dan demi survival saya perlu cepat mencari produk lain untuk dijual.

Terdahulu, keputusan pemakaian pelitup muka oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan sudah mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam dan masyarakat.

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 11:13
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.