Final Piala FA JDT VS Terengganu!
Ketua pasukan Terengganu, Tchetche Kipre, yang dijangka menggalas tugas selaku penyerang utama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu memadam igauan buruk empat tahun lalu.
Ia menyaksikan skuad Penyu dinafikan nikmat menjulang piala berikutan tewas kepada Perak dalam final Piala Malaysia 2018 biarpun Kipre meledak dua gol dalam pertemuan itu.
“Apa yang boleh saya katakan mereka (JDT) memiliki barisan pertahanan yang baik dan mereka tidak melepaskan banyak gol. Tapi ini perlawanan final yang mana peluang untuk menang adalah 50-50.
Sila Baca Disini : Potter Sah Jurulatih Baharu Chelsea!
Final Piala FA JDT VS Terengganu!“Untuk perlawanan akhir ini pemain serangan perlu lebih klinikal dan tidak boleh melepaskan peluang terhidang. Ini kerana pada perlawanan akhir ini, tidak banyak peluang yang anda akan dapat.
“Kami akan cuba untuk pecahkan benteng mereka. Walaupun kami menghormati mereka sebagai satu pasukan yang kuat namun tapi kami juga tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan dan sesi latihan pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
“Paling penting bukan mengenai perkara yang lepas, tapi untuk mencipta sejarah baharu. Saya fikir kami ada pengalaman untuk memenangi piala kali ini,” katanya.
Sidang media perlawanan akhir semalam turut tertumpu kepada ketua pasukan JDT, Farizal Marlias.
Kehadiran penjaga gol berpengalaman itu seolah-olah memberi isyarat bahawa kelibatnya bakal ditagih dalam kesebelasan utama selepas disisihkan dalam dua perlawanan terdahulu.
“Saya percaya semua pemain bersedia untuk beraksi pada malam esok. Kita lihat moral dan komitmen diberikan pemain juga sangat baik.
“Saya harap perkara baik seperti ini dapat dibawa untuk perlawanan final nanti. Terengganu sebuah pasukan yang hebat daripada segi permainan mereka. Kemampuan memegang bola juga baik.
“Serangan mereka juga baik, jadi kami harus mengurangkan kesalahan di bahagian pertahanan supaya tidak memberi ruang mereka menjaringkan gol,” katanya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
