Ringgit Ditutup Pada Paras Terendah Berbanding Dolar AS
Semalam, ringgit ditutup pada paras terendah dalam 24 tahun berbanding dolar AS (Amerika Syarikat).
Hal ini kerana ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong para pelabur beralih kepada dolar AS, menjatuhkan mata wang dunia lain, termasuk ringgit.
Baca juga:
PBT Pahang Wajibkan Pemasangan Jalur Gemilang dari 16 Ogos hingga 16 SeptemberKKM Laksana Pemberian Dos Penggalak Kepada Kanak-KanakPada 6.01 petang semalam, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.
Menurut penganalisis ekonomi Putra Business School Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, antara sebab yang mungkin membebankan ringgit ialah krisis tenaga di Eropah akibat perang Ukraine.
Oleh itu, ringgit dibuka pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, berikutan lebih ramai pelabur beralih ke aset selamat disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu.
Setakat pagi semalam, ringgit dibuka pada 4.5010/5035.
Selain itu, menurut Ahmed Razman yang mengulas mengenai mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM), BNM akan menaikkan lagi 25 mata asas kepada 2.5 peratus.
Justeru itu, kadar dasar semalaman (OPR) akan menjadi 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi iaitu 4.4 peratus pada bulan Julai.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Sekadar info, unit tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1990/2009 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1723/1746 daripada 5.2156/2191, naik berbanding euro kepada 4.4615/4635 daripada 4.4759/4788 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1238/1254 daripada 3.1741/1762 semalam.
Sumber: BERNAMA
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
