Floria Diraja 2022 Dilanjutkan Sehingga 11 September

Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan yang dijadualkan berakhir 6 September, semalam dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 Sept).

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, bersempena cuti penggal persekolahan hingga Ahad ini.

Tiket masuk ke festival adalah percuma bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke Floria Diraja Putrajaya 2022.

Baca juga:Pemasangan Lokar Di Sekolah Rendah Bermula Hujung Bulan IniImigresen Malaysia Sasar Kutipan RM4 Bilion Hujung Tahun Ini

Menurut Dr Shahidan juga, jangkaan sasaran 100,000 pengunjung hadir untuk tempoh lima hari pelanjutan ini.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai, festival berkenaan yang sepatutnya berakhir pada 4 Sept dilanjutkan sehingga 6 Sept.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik akan diteruskan, selain persembahan daripada kumpulan busker, cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal juga bakal diadakan pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022.

Bertempat di Anjung Floria, Presint 4 di sini, terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.

Lebih 400,000 pengunjung menyaksikan Floria Diraja Putrajaya 2022 sejak ia membuka tirai pada 29 Ogos lepas.

Sekadar info, Floria Diraja Putrajaya 2022 turut mempamerkan Taman Keluarga Malaysia dengan konsep yang diadaptasi melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Antara komponen yang terdapat di festival itu ialah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

Terdahulu, Dr Shahidan turut mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga rasmi bagi Putrajaya.

Sumber: BERNAMA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2022 00:44
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.