Perodua Telah Daftar Sebanyak 26,039 Unit Kereta Pada Bulan Lalu

Pendaftaran untuk kenderaan Perodua pada Ogos 2022 telah meningkat sebanyak 42 peratus kepada 26,039 unit dengan berbanding 18,346 kenderaan dicatatkan pada Julai 2022 ini berikutan bekalan komponen automotif yang yang semakin pulih. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan, membawa kepada peningkatan yang baik dalam penghantaran untuk semua model.

Namun, Katanya Perodua Bezza model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit). Ia sedang berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan. Perodua Alza baharu menerima 51,000 tempahan setakat ini, dengan 7,682 unit telah didaftarkan pada Julai dan Ogos.Zainal Abidin berkata, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran PERODUA disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan kekurangan pekerja di peringkat operasi pembekalnya.

Sumber: google image

Disamping itu, mengenai isu ini telah pun diatasi pada masa ini. Katanya juga pihaknya turut memantau kenaikan harga bahan mentah pada masa ini dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai cara terbaik untuk mengurangkan impak tersebut terhadap operasinya. Bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini, PERODUA menyaksikan kenaikan sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 104,933 unit didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Walaubagaimanapun, Zainal Abidin berkata perbandingan bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini terganggu berikutan negara menjalani sekatan pergerakan antara 1 Jun 2021 dan 15 Ogos 2021, yang mana pada masa itu, semua operasi bukan keperluan telah digantung. Dari Januari hingga Ogos lalu, Perodua Myvi masih kekal sebagai model paling laris kami apabila 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 02, 2022 20:57
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.