Salah Satu Insentif Untuk Galak Guna EV Dijangka Akan Masuk Dalam Bajet 2023

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia iaitu (MARii)  menjangkakan kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak insentif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam Bajet 2023. Pengerusinya, Datuk Phang Ah Tong telah berkata MARii mahu menyaksikan lebih banyak lagi program pembangunan dilaksanakan untuk membantu menyokong penggunaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna.

 

Namun, Pemberian insentif juga akan memainkan peranan yang besar untuk mempromosikan penggunaan EV di negara ini, ia bukan sahaja untuk pengeluar peralatan tulen (OEM), tetapi kepada pengguna dan dalam kalangan komuniti perniagaan, khususnya vendor. EVM Asia 2022, yang julung-julung kali diadakan bertujuan mempromosikan ekosistem EV di Malaysia, akan diadakan dari 27 hingga 29 September 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sumber: google image

Ekspo ini telah dianjurkan oleh AMB Tarsus Group dengan sokongan MARii. Untuk mengulas lebih lanjut mengenai penggunaan EV di Malaysia, Ah Tong berkata penggunaan EV di Malaysia pada masa kini adalah kurang daripada satu peratus, atau sekitar 2,700 unit EV berbanding jumlah keseluruhan kenderaan. Angka itu jauh ketinggalan di bawah purata lapan peratus untuk penggunaan EV global.

Disamping itu, beliau juga berkata dengan anjuran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, ia boleh menjadikan nisbah sehingga 7.5 kenderaan bagi setiap stesen pengecasan, atau bersamaan dengan 75,000 EV di pasaran, apabila sumber elektrik untuk mengecas EV menjadi lebih mampu milik. Sementara itu, Pengerusi AMB Tarsus, Tan Sri Mohd Nasir Mohd Ashraf, berkata EVM Asia 2022 adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab utama industri EV dan menyokong transformasi industri automotif di negara ini.

Ekspo itu, ia bersama dengan program pemadanan perniagaan dan simposium teknologi, bertujuan mewujudkan platform yang kondusif untuk memperkenalkan model-model EV, teknologi dan penyelesaian mobiliti, membina perkongsian baharu dan menggalakkan pelaburan dalam industri EV. Pameran yang diadakan akan merangkumi EV/kenderaan hibrid, sistem pengecasan, penyelesaian mobiliti, ketersambungan, sistem bateri, komponen automotif dan teknologi pembuatan. EVM Asia 2022 akan menampilkan lebih 200 syarikat yang mewakili 18 buah negara termasuklah dari Korea Selatan, Hungary, Singapura, Taiwan dan Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2022 19:53
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.