Perodua Alza Baharu Secara Rasmi Telah Dilengkapi Dengan Fungsi Apple CarPlay
Perodua Alza baharu telah menjadi salah satu ‘fenomena’ model MPV di pasaran Malaysia apabila kereta tujuh-tempat duduk itu telah menerima lebih 30,000 tempahan awal sejak ia dibuka pada 23 Jun (termasuklah hampir 4,000 tempahan daripada pemilik Alza sebelum ini). MPV itu dilengkapi pelbagai ciri-ciri terkini yang canggih setanding dengan model-model dari luar negara.
Namun, yang terbaharu, menuturut portal automotif iaitu Paultan.org melaporkan bahawa pihak Perodua mengesahkan pembuat kereta dari Rawang itu telah memperoleh pensijilan dan kelulusan yang diperlukan daripada Apple untuk melancarkan fungsi Apple CarPlay ia merupakan standard Apple yang membolehkan head unit menjadi paparan dan pengawal untuk peranti iOS terpilih.
Sumber: google image
Pensijilan itu telah melibatkan tiga peringkat pembangunan, dengan pelbagai ujian kualiti dan prestasi dalam setiap satu untuk memastikan unit infotainmen berfungsi dengan baik semasa Apple CarPlay dijalankan. Menurut proses pensijilan, Apple menganggarkan bahawa proses pensijilan Program MFi (Made For iPhone/iPod/iPad) akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.
Untuk pelanggan-pelanggan yang sudah menerima Perodua Alza baharu mereka, fungsi Apple CarPlay akan diaktifkan semasa anda membawa kereta apabila untuk diservis atau diperiksa. Untuk makluman semua fungsi Apple CarPlay dan Android Auto hanya boleh digunakan pada model Alza 2022 varian AV sahaja.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
