Filem aksi ketenteraan yang terbaru, Air Force The Movie: Masih Bernyawa nampaknya mencipta fenomena selepas Mat Kilau (tonton sini) apabila ianya berjaya mengutip RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan. Filem aksi yang turut menampilkan pelakon Adi Putra yang sebelum ini memegang watak Mat Kilau berjaya membawa filem ini ke arah keuntungan.
Menurut laman Instagram GSC, filem itu kini diumumkan sudah mencapai kutipan RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan.
View this post on Instagram
A post shared by GSC 🍿 (@gscinemas)
Namun, filem ini juga diumumkan akan ditayangkan di pawagam Korea, Jepun dan Taiwan. Buat waktu ini, msaih tidak ada tarikh untuk tayangan luar negara ini.
TRAILER DARI YOUTUBE
Mestinya kegemilangan filem Malaysia sudah mula kembali dengan dua filem untuk tahun ini yang sudah mencapai kutipan memberansangkan dalam lebih masa kurang daripada dua minggu!
Baca juga : Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Sempena Hari Malaysia!
Published on August 29, 2022 23:41