Demi Beli Jalur Gemilang, Penduduk Orang Asli Di Kelantan Sanggup Menabung Sebulan

Demi membeli Jalur Gemilang bersempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-65 yang akan tiba tak lama lagi, penduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Kelantan sanggup menyimpan wang mereka selama sebulan.

Kongsi salah seorang penduduk Orang Asli di kampung itu yang dikenali sebagai Zakaria Abdullah, 55, dia telah menabung sejak Julai lalu lagi untuk membeli Jalur Gemilang dan memasang ia di kawasan rumahnya bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

“Kami sedar tidak mudah untuk rakyat merasai nikmat keamanan yang ada sekarang tanpa perjuangan pemimpin terdahulu.

“Sebab itulah kami sanggup menabung bagi memastikan Jalur Gemilang dapat dipasang di kawasan rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Penghulu Kampung Machang, Mohd. Azman Talib @ Bolek berkata, walaupun perkampungan mereka telah terletak lebih kurang 100 kilometer dari bandar Gua Musang, mereka bagaimanapun tetap bersemangat menanti tarikh keramat 31 Ogos yang akan tiba hanya beberapa sahaja lagi.

“Aktiviti membeli dan me­ngibar bendera ini hanyalah usaha kecil kami sebagai rakyat berbanding pejuang dahulu yang menitis keringat dan darah untuk mempertahankan negara.

“Setiap tahun, keluarga Orang Asli di sini akan menabung serta membeli bendera untuk memasangnya di rumah mereka,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2022 21:10
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.