“Vibe Macam Dua Puteri Sepanyol” – Anak Dara Que Haidar Dipuji Netizen
Siapa tidak kenal dengan bintang filem popular ‘Rock Oo!’ yang dibintangi aktor Que Haidar lebih kurang sedekad yang lalu. Terbaru pelakon ini memuatnaik gambar kedua-dua anak daranya di akaun Instagram-nya mencuri perhatian warganet.
Persis Puteri DirajaMenjengah ke media sosial, pelakon ini memuatnaik gambar penampilan anak perempuannya Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra semasa menghadiri rancangan popular Meletop semalam sambil menulis nama kedua-dua puteri kesayangannya di bahagian kapsyen.
Gambar yang dikongsikan itu terus dihujani dengan pelbagai komen dan pujian buat kedua-dua puteri kesayangan pelakon berbakat ini. Selain memuji kecantkan anak dara Que, ada juga warganet yang turut memuji aktor berbakat ini pandai mendidik anak. Apatah lagi semasa rancangan Meletop bersiaran, Que mendedahkan anak-anaknya tidak memiliki akaun media sosial kerana merasakan mereka masih belum bersedia. Tabik cara Que Haidar mendidik anak-anaknya.
Baca juga : Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri Tapi Ada Syaratnya
Mohon Juga Skim Bantuan Kanak-Kanak : Permohonan Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
