Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Cara Mudahnya, Sehari Simpan RM2

Pada semasa sekarang ini, harga barang semakin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.

Menabung atau menyimpan sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang gadis yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.

Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun.

Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.

TOTAL RM 4,436.00

Caranya:

RM2 – setiap hariRM5 – setiap kali dapatRM10 – 2 helai semingguRM20 – 1 helai semingguRM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec.RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.

Jumlah setiap bulan tidak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.

Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB masa itu.

Semangat pada siapa sedang buat macam ini tahun 2022.

Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.

Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh gadis ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!

Baca juga : Malaysia Antara Negara Yang Bakal Terjejas Kiamat Iklim

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 23, 2022 21:34
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.