“Kan Cantik Macam Ni” – Ramai Lebih Suka Aina Abdul Berpakaian Tradisional?

Penampilan penyanyi berbakat besar Aina Abdul ketika membuat persembahan di Melaka baru-baru ini ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi tinjauan Murai MY, Aina menggayakan persalinan kuning dan merah ketika di Bandaraya Bersejarah itu, kedua-duanya berinspirasikan tradisional untuk dua malam berturut-turut.

Lebih menarik, jumlah tanda suka pada foto Aina berbaju kuning itu juga kelihatan lebih banyak berbanding kebanyakan foto Aina yang lain. Persalinan itu adalah rekaan Ashraff Zainal, di bawah kelolaan Vee Mukhtaram (@xeliciousxass) sebagai penata gaya.

Netizen Suka!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej cantik yang digayakan penyanyi lagu Sumpah itu. Aina berkata, meskipun pengalaman itu bukan satu insiden yang boleh dibanggakan namun akan membuatkan dia ketawa setiap kali teringatkannya.”Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

 

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

 

“Kan cantik macam ni, less is more.

“Memang onz lah Aina pakai tradisional macam ni.

“Cantik Aina malam tadi.

“Yayyy cantiknya,” antara yang dicoretkan netizen.

 

“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi ia satu perkara yang buat saya tergelak setiap kali saya fikirkannya. Ketawa yang baik, bukan ketawa sebab malu.

“Terima kasih kepada penari yang sambut saya dengan segera. Kalau tidak memang saya akan teruskan persembahan secara duduk atau tanpa kasut,” katanya.

Menurut Aina, dia juga bersyukur apabila kedua-dua kakinya berada dalam keadaan baik selain berbangga dengan pasukan yang sudah menyiapkannya.

“Saya sangat bangga kepada setiap seorang yang menyiapkan persalinan dari atas kepala hingga kaki, mekap dan hijab.

“Ini adalah percubaan pertama saya mengenakan pakaian tradisional. Terima kasih juga buat peminat saya yang turun padang menyaksikan persembahan saya malam tadi dan hari ini. Saya sayang anda semua,” katanya.

 


 

View this post on Instagram

 


A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Aina Ucap Terima Kasih

 

Dalam entri yang memaparkan foto berkenaan, Aina sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan ‘look’ yang digayakan malam itu. Sekadar info, Aina membuat persembahan pada Jumaat dan Sabtu lalu di Melaka untuk program Magic of the Night (MOTN) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:49
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.