Nafi Ada Adegan Tidak Senonoh , Penerbit Gadis Jolobu The Movie Bakal Saman YouTuber
Selepas mula ditayangkan pada minggu lalu, filem bergenre komedi, Gadis Jolobu The Movie kini menjadi perbualan hangat netizen dan baru – baru ini terdapat satu kritikan yang “pedas” menjadi perhatian ramai di media sosial daripada seorang YouTuber yang membuat ulasan tentang filem tersebut.
Filem yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan bagi menarik minat orang ramai telah menerima kritikan buruk daripada seorang Youtuber yang dikatakan tidak beradap dalam mengkritik dan memberikan kata- kata kotor terhadapa karya tersebut.
Walaupun tidak suka tentang filem tersebut , individu tersebut idak perlulah mengeluarkan kata – kata kesat yang boleh menguris perasaan penerbit dan orang yang terlibat dalam filem berkenaan seolah – olah mereka langsung tidak berpengalaman dalam menghasilkan filem.
Melalui sebuah hantaran di Twitter , individu tersebut memberikan komen yang menyakitkan hati dan menyebutkan perkara yang tidak sepatutnya kepada pengarah filem tersebut.
Individu tersebut memuat naik komen yang mengundang kecaman daripada netizen yang mana , YouTuber itu menyifatkan filem Gadis Jolobu arahan CL Hor sebuah karya ‘infinity shit’.
Terkilan dengan kritikan yang memalukan dan menjatuhkan imej filemnya , Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi berkata , dia sudah berbincang dengan peguam dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap YouTuber tersebut .
“Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem?”
“Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.”
“Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan.”
“Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai, tidak lama lagi.”katanya.
Sedar akan pengaruh platform media sosial banyak memberi kelonggaran dalam berkongsi dan memberikan pendapat masing – masing namun semua individu seharusnya mengguna kata dan bahasa yang sesuai tanpa menyinggung mana- mana pihak .
BACA INI : Daiyan Trisya Tayang Banglo Mewah Miliknya
Tambah Saraleana lagi , dia sedar kemunculan platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram membolehkan sesiapa sahaja membuat ulasan filem, sekali gus menjadi pengkritik filem.
‘Seharusnya, kritikan diberikan menggunakan bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, terutama penerbit yang mengeluarkan bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.”
“Saya mungkin penerbit baharu, tetapi saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya.”
“Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?”
“Caranya salah kerana apa yang ditulis adalah fitnah. Nak kritik biarlah ada ilmu filem, bukan berdasarkan serangan peribadi.”
Tiada Adegan Tidak SenonohDakam mengulas tentang poster filem tersebut pula , filem itu juga dituduh meniru poster filem komedi Amerika Syarikat, Neighbors 2: Sorority Rising namun Saraleana menekankan ia adalah satu proses kreatif, bukan berkaitan dengan hak cipta.
“Jika meniru, sudah pasti timbul masalah hak cipta, tetapi inikan industri kreatif.”
“Kita juga tahu ada pengarah mengambil inspirasi dari filem lain, tetapi bukannya meniru.”
Malah Saraleana menafikan filem Gadis Jolobu mempunyai adegan lucah dan tidak senonoh sehingga boleh menjatuhkan imej filem tempatan dan artis yang terlibat dalam filem berkenaan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
