Berjaya Menewaskan Selangor, Terengganu Ke Final Bertemu JDT!
Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Sehingga Ke Penentuan Sepakan PenaltiTerengganu FC berjaya melangkah ke final Piala FA selepas melakar kemenangan ke atas Selangor menerusi penentuan penalti di Stadium Sultan Mizan, malam tadi.
Selangor membuka jaringan pada minit ke-24 menerusi Nor Hakim Hassan selepas berjaya menampan masuk hantaran Quentin Cheng.
Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun berjaya untuk menyamakan kedudukan menerusi Faisal Halim.
Pemain skuad kebangsaan itu memintas hantaran pemain Selangor sebelum menggelecek beberapa pemain sebelum menewaskan penjaga gol, Sam Somerville dari luar kotak penalti pada minit ke-48.
Perlawanan diheret ke masa tambahan dan tiada jaringan bermaksud tiket final hanya akan diperoleh menerusi penentuan sepakan penalti.
Kegagalan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan Yazan Al-Arab menyempurnakan sepakan penalti menghukum skuad kendalian Michael Feictenbeiner tewas penentuan penalti 4-2 sekaligus menyaksikan Terengganu FC bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final nanti.
Pengumuman rasmi mengenai final tersebut akan akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi badan Malaysian Football League (MFL).
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
