Rezeki Terpijak, Wanita Sedang Mencari Kayu Api Dalam Hutan Telah Menemui Berlian Bernilai RM 111,000
Seorang wanita telah dilaporkan menemukan sebutir berlian yang dianggarkan bernilai RM111,551 di dalam hutan sewaktu wanita itu keluar untuk mencari kayu api di Madhya Pradesh pada Rabu lalu.
Memetik New York Post, wanita itu telah berlari pulang ke rumah untuk memberitahu kepada suaminya sambil membawa sebentuk batu permata. Kejadian itu berlaku di kampung Purusottampur.
Pada masa itu, mereka tidak tahu status batu berlian itu dan wanitu itu meminta bantuan seorang pakar berlian, Anupam Singh. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan wanita itu memegang berlian tersebut sebelum menyerahkannya kepada salah seorang pegawai pengiring.
Baca juga : Aniq Telah Mendapat Emas Pertama Malaysia, Pecah Rekod Sukan Komanwel
Menurut New York Post, batu berlian tersebut dianggarkan memiliki seberat 0.8 gram (empat karat) dan harganya juga mencecah hingga RM111,551.
Alhamdulillah wanita menemui emasDifahamkan, ia akan menjual dalam satu acara lelongan dengan harapan dapat mengumpulkan sejumlah wang untuk menolong rakan-rakan dan juga keluarga wanita itu, Genda yang kini tinggal dalam sebuah rumah usang.
Genda meraih pendapatan dengan menjual kayu api untuk mengumpul kos pembiayaan menambah jadi baik rumahnya. Dia bercerita rumahnya kini berada dalam keadaan yang sangat buruk.
Pada waktu itu, Genda juga mempunyai empat orang anak lelaki dan dua perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Menurut Genda, dia akan menggunakan wang hasil penemuan batu berlian cukup itu untuk melangsungkan perkahwinan kedua-dua anak perempuannya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
