My Test Akan Membantu Pembelajaran Untuk Ujian Berkomputer Kelas Memandu
Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Wilayah Persekutuan (WP) Bhd telah memperkenalkan kad ‘My Test’ bagi memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer. My Test adalah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer.
Pengerusi Koperasi JPJ WP Bhd Mohammad Suhaime Ismail telah berkata, penggunaan kad itu adalah memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan.
Gambar sekadar hiasan
Calon sebenarnya boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit. Calon juga boleh cuba menduduki ujian ‘My Test’ sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar.
Namun, sebenarnya boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah. Katanya juga , calon yang menggunakan ‘My Test’ mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus berdasarkan percubaan calon yang gagal sehingga enam kali sebelum ini. Calon berkenaan mampu lulus ujian sebenar selepas tiga kali melalui ujian ‘My Test’.Kad ini mempunyai tiga jenis iaitu untuk kereta sahaja; untuk motosikal sahaja dan untuk kereta dan motosikal.
Kad ‘My Test’ boleh dibeli pada harga RM10 iaitu menerusi talian 019-696 9763.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
